Saman Difailkan Oleh MUDA Akan Didengar Pada 12 Ogos

| June 7, 2021 | 0 Comments

Saman Difailkan Oleh MUDA Akan Didengar Pada 12 Ogos | Saman yang difailkan oleh parti MUDA yang diketuai oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi untuk didengarkan pada 12 Ogos ini. Saman tersebut adalah untuk memaksa Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuat keputusan berhubung permohonan pendaftarannya sebagai parti politik.

Saman Difailkan Oleh MUDA Akan Didengar Pada 12 Ogos

Peguam MUDA Lim Wei Jiet berkata, tarikh itu ditetapkan selepas sebutan kes berkenaan di hadapan timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi, Firdaus Sidqi Sharil Azli, hari ini. Penghujahan bertulis perlu difailkan seminggu sebelum pendengaran yang dijadualkan.

MUDA dibenar untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin yang belum membuat keputusan mengenai permohonannya untuk didaftarkan sebagai parti politik. Jabatan Peguam Negara yang mewakili KDN dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) berkata, mereka tiada bantahan terhadap saman MUDA.

Perintah mahkamah yang dipohon oleh MUDA adalah untuk memaksa Hamzah membuat keputusan di bawah Seksyen 18 Akta Pertubuhan. Ini kerana JPPM telah menolak permohonan MUDA untuk pendaftaran pada awal tahun ini tanpa sebarang alasan kukuh.

Hamzah masih belum memberikan sebarang respon walaupun parti itu telah memfailkan rayuan kepada menteri dalam negeri pada Februari. Selain daripada itu, JPPM turut menolak permohonan Pejuang, yang diketuai Dr Mahathir Mohamad, untuk didaftarkan.

Pejuang turut memfailkan semakan kehakiman bagi memaksa Hamzah membuat keputusan berhubung pendaftarannya dan mahkamah akan membuat keputusan pada 23 Jun ini.

Sumber: Free Malaysia Today

Tags: , , ,

Category: POLITIK, Uncategorized

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *