Sambal Nyet Khairul Aming Dipalsukan | Sambal Nyet bagaikan telah menjadi satu fenomena di Malaysia apabila ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan sambal yang menjadi kegilaan ramai itu. Tambahan pula sambal itu merupakan keluaran seorang influencer media sosial iaitu Khairul Aming yang banyak berkongsikan video serta pelbagai resepi yang menarik.

Sambal Nyet Khairul Aming Dipalsukan

Baru-baru ini Khairul Aming ada membuat satu ciapan berkenaan terdapat individu tidak bertanggungjawab telah menggunakan jenama dan namanya untuk menjual sambal keluaran mereka. Individu itu telah mengaku sebagai reseller produk keluaran beliau dan menjualnya di platform shopee. Ternyata yang dijual bukanlah sambal keluaran Khairul Aming tetapi sambal yang palsu.

Pada mulanya dia agak pelik mengapa kebelakangan ini ramai yang cuba untuk mendapatkannnya melalui mesej pesanan ringkas di instagram dan meminta pulangan wang semula. Terdapat pelanggan yang membuat aduan bahawa sambal yang diterima berbuih, berbau busuk, pecah dan banyak lagi. Dia juga agak runsing memikirkan dimana silapnya sehingga perkara sebegitu boleh berlaku.

Apabila beliau melihat gambar botol dan poskod yang dihantar pelanggan, kelihatan seperti terdapat sesuatu yang tidak kena dengan pembungkusan itu. Ini kerana design dan rupa sambal ternyata amat berbeza dengan produk keluarannya. Kemudian pihaknya berjaya mengenalpasti bahawa mereka itu telah membeli dari seorang peniaga yang mendakwa dirinya sebagai reseller produk Khairul aming.

Beliau turut membaca maklum balas yang diberikan oleh para pelanggan yang membeli dari penjual itu. Rata-rata memberikan satu bintang dan memberikan komen bahawa sambal yang diterima berbau busk, berair, basi dan banyak lagi. Untuk mengumpulkan bukti, dia telah meminta bantuan raknnya untuk membeli sambal yang dijual oleh peniaga itu dan ternyata sambal yang dijual adalah palsu.

Pelekat yang digunakan oleh peniaga itu ternyata hasil scan daripada pelekat sambal yang asli. Ini kerana warna, logo serta tulisannya agak pudar dari yang asli. Peniaga itu juga tidak sale botol sambal itu sepertimana dilakukan Khairul Aming dan hanya menggunakan tape sahaja.

Tulisan yang digunakan pada poskad yang diberikan juga turut berbeza kerana pada produk asli, poskad telah dicetak berdasarkan hasil tulisan tangan Khairul Aming sendiri. Tetapi apa yang diberikan kepada pelanggan itu adalah poskad yang menggunakan tulisan komputer. Tambahan pula, Khairul Aming kini tidak lagi menyertakan poskad kepada para pelanggannya. Dengan itu bagaimana pula peniaga itu boleh mengaku bahawa dia menjual produk yang asli.

Apa yang menjijikkan beliau adalah tekstur sambal palsu itu tersangatlah berbeza dengan sambal nyet keluarannya. Ini kerana sambal itu minyaknya berbau seperti minyak goreng ikan dan berbau busuk. Tambahnya lagi, minyak di lapisan atas turut berwarna hitam.

Khairul Aming telah membuat laporan polis berkenaan pemalsuan produknya dan amat berharap agar para pelanggan yang ingin mendapatkan sambal nyet keluaran beliau tidak membelinya daripada reseller. Tetapi dapatkan terus daripada akaun shopee miliknya.

Sumber: Khairul Aming

Share.

Leave A Reply