Samun Warga Asing, Lima Lelaki Diberkas

| October 19, 2020 | 0 Comments

Samun Warga Asing, Lima Lelaki Diberkas | Johor Bahru – Polis menahan lima lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian samun membabitkan seorang lelaki warga asing dalam serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, kesemua suspek yang ditahan berusia lingkungan 24 hingga 25 tahun.

Beliau berkata, kelima-lima suspek disyaki terlibat menyamun lelaki warga asing dalam satu kejadian di Jalan Bayu, Bakar Batu, di sini, minggu lalu serta beberapa kejadian samun di sekitar daerah ini.

“Bertindak atas maklumat risikan, sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) JBS telah membuat beberapa siri serbuan secara berasingan dan berjaya menangkap kesemua suspek.

“Hasil serbuan telah berjaya merampas sebilah pisau pemotong daging dan empat buah motosikal yang dipercayai digunakan untuk melakukan kegiatan samun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Padzli berkata, semakan rekod jenayah mendapati tiga daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau bersabit kes dadah dan samun manakala dua lagi tidak mempunyai rekod lampau.

“Kesemua suspek direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu melakukan samun berkawan tanpa senjata api.

“Pihak polis mohon kerjasama orang ramai yang Mempunyai sebarang maklumat berkaitan jenayah boleh boleh menghubungi hotline IPD JBS di talian 07-2182323,” ujarnya.

Sumber : Kosmo

Tags: , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *