Sanggup Rentas Negeri Demi Kekasih, Lelaki Terima Padah Selepas Berjaya Ditahan Polis

| April 14, 2021 | 0 Comments

Sanggup Rentas Negeri Demi Kekasih, Lelaki Terima Padah Selepas Berjaya Ditahan Polis | Tindakan seorang lelaki yang memecut laju mengundang padah selepas dia berjaya diberkas pihak polis setelah dilihat melarikan diri dari pemeriksaan pihak polis di Jalan Persiaran Utama S2/1, di sini, baru-baru ini.

Sanggup Rentas Negeri Demi Kekasih, Lelaki Terima Padah Selepas Berjaya Ditahan Polis

Seorang lelaki berusia 29 tahun itu dilaporkan telah melarikan diri bersama kekasihnya selepas mereka diarahkan untuk menghentikan kenderaan oleh sebuah kereta peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis (IPD) Seremban setelah dilihat berada dalam keadaan yang mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim dalam satu laporan mengatakan, insiden tersebut telah memaksa beberapa kenderaan polis yang turut dibantu oleh tiga lagi MPV polis untuk mengejar suspek yang menaiki kenderaan jenis Hyundai itu sebelum dia melakukan beberapa kesalahan lalu lintas seperti melanggar lampu merah, membuat pusingan U tanpa kebenaran serta melanggar cermin sisi kenderaan lain sebelum dilihat terbabas di bahu jalan.

Mohd Said menambah lagi, selepas suspek lelaki tersebut berjaya diberkas, polis telah membuat pemeriksaan dan mendapati lelaki itu datang dari Melaka dan telah melakukan kesalahan merentas negeri tanpa surat kebenaran polis. Dia juga telah memberi kenyataan kepada pihak polis bahawa dia telah ke Seremban dengan tujuan untuk bertemu kekasihnya yang berusia 21 tahun.

Pihak polis dilaporkan telah menjalankan ujian kencing terhadap suspek dan mendapati suspek adalah positif dadah jenis methamphetamine. Dia kini sedang direman di Balai Polis Seremban sehingga khamis manakala teman wanitanya turut direman selama sehari bagi membantu siasatan polis.

Mohd Said telah memberitahu bahawa pihak polis bakal mengambil tindakan di bawah Seksyen 342 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 terhadap suspek yang didakwa itu.

Sumber: Sinar Harian

Tags: , , , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *