Sangka Parkir Kosong, Mat Salleh Kongsi Cerita ‘Terkena’ Dengan Kereta Cilik | Perodua Kancil, kereta tempatan yang sekecil dan selicik namanya, sudah banyak kali ‘mengenakan’ mana-mana pemandu yang gigih mencari tapak parkir kosong untuk meletakkan kenderaan.

Nampaknya ‘kelicikan’ kereta kompak yang hanya bersaiz kira-kira 3,395 mm (panjang), 1,405 mm (lebar) dan berketinggian 1,415 mm itu telah diakui oleh salah seorang mat salleh, dikenali sebagai Andrew baru-baru ini.

Menurutnya, insiden kena ‘prank‘ dengan kereta Kancil sering kali berlaku semasa beliau sedang mencari parkir kosong di pusat beli belah seperti di One Utama atau Mid Valley.

“Selepas mata saya meliar mencari ruang parkir kosong selama 15 ke 20 minit, saya akan memecut ke kotak yang tiada kereta secepat mungkin supaya ia tidak di ambil orang lain.

“Bagaimanapun, apabila sudah menghampiri kotak parkir yang kelihatan kosong itu, rupa-rupanya terdapat sebuah Perodua Kancil sedang elok diletakkan di dalam ruang letak kereta itu.

“Saya rasa kereta Kancil memang dibina untuk melakukan penyeksaan psikologi,” seloroh Andrew.

Hantaran Andrew itu telah meraih perhatian ramai, siapa sangka daripada platform untuk tambah ‘networking‘, ia boleh menjadi tempat netizen berkongsi pendapat bahawa kereta keluaran tempatan dapat membuatkan ’emosi tercabar’ semasa mencari ruang parkir kosong.

Tambah orang ramai lagi, jangan lupakan kepada ‘adik’ kepada Kancil, iaitu Perodua Kelisa, yang turut sama berpotensi untuk ‘prank‘ mana-mana pemandu yang gigih mencari kotak parkir kosong.

Nampaknya ‘kelicikan’ Kancil masih lagi berbisa pada tahun 2022 ini, sehingga diakui oleh orang dari luar negara.

SUMBER : The Vocket

Share.

Leave A Reply