Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa mengetahui identiti individu yang menandatangani projek ladang musang king di Gunung Inas.

Sanusi Dakwa Tahu 'Siapa' Tandatangan Surat Kelulusan Musang King

Muhammad Sanusi bagaimanapun, meminta pihak pembangkang tidak memaksa beliau mendedahkan nama individu yang bertanggungjawab meluluskan projek tersebut.

Beliau mengakui telah menerima laporan daripada Jabatan Perhutanan tentang isu tragedi kepala air dan banjir Baling, sekali gus melihat surat kelulusan bagi projek terbabit.

Beliau sudah ada kronologi daripada Jabatan Perhutanan tetapi tidak adillah merujuk kepada satu jabatan sahaja dan mendakwa tahu siapa yang luluskan surat untuk projek musang king.

Perkara itu diutarakan susulan tindakan Speaker DUN Kedah, Datuk Juhari Bulat menolak dua usul tergempar yang dikemukakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang berkaitan isu banjir kepala air di Kedah dan usul menangguhkan mesyuarat DUN bagi membolehkan isu banjir kepala air dibincangkan.

Muhammad Sanusi menambah, telah menerima laporan Jabatan Perhutanan, dan kini sedang menunggu laporan daripada jabatan teknikal seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dibawah Kementerian Alam Sekitar dan Air dan Jabatan Mineral dan Geosain (JMG) dibawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) untuk membuat kesimpulan punca kejadian kepala air dari Gunung Inas.

Beliau turut meminta pihak pembangkang supaya tidak terus mempolitikkan isu tragedi kepala air dan banjir di Baling pada 4 Julai lepas.

Dalam perkembangan sama, Muhammad Sanusi memaklumkan usul yang cuba dibawa pembangkang tidak mengikut peraturan Sidang DUN Kedah.

Jelasnya, peraturan dibuat bagi membolehkan ada masa cukup bagi pihak-pihak ingin membahaskan usul menyediakan jawapan. Jika isu dibangkitkan membabitkan teknikal memerlukan laporan jabatan, maka kerajaan perlu dapat laporan terbabit. Kita tidak boleh semborono cakap dalam dewan.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply