‘Saya Sedia Undur Diri’ – DS Anwar Ibrahim | Seberang Perai – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia melepaskan jawatannya sekiranya ada lantikan baharu untuk menerajui parti itu.

Katanya, beliau bersedia memberi laluan kepada muka baharu jika dipersetujui oleh ahli parti.

“Kita bagi ruang dan saya sendiri bagi ruang kalau konsensus (kesepakatan) parti nak terima pemimpin baharu.

“Kita harus terbuka, jangan terlalu mengongkong akan kebangkitan tokoh baharu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Pulau Pinang di Kepala Batas di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika disoal berhubung kesediannya mengundur diri sekiranya ada pemimpin baharu dipilih untuk mengambil alih tampuk kepemimpinan parti.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply