Seorang graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menerima segulung ijazah semalam dalam kepiluan apabila bapanya meninggal dunia beberapa jam sebelum majlis konvokesyen bermula.

Muhammad Hafiz Mokhtar yang berusia 27 tahun mengatakan bahawa bapanya yang dikenali sebagai Mokhtar Mat Isa berusia 65 tahun telah meninggal dunia akibat serangan jantung pada pukul 1 pagi semalam.

“Ayah terjatuh sewaktu kami berada di sebuah inap desa di Teluk Ketapang di sini sebelum terkena serangan jantung.” kata Muhammad Hafiz

“Kami bergegas membawanya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu namun beliau meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan,” katanya ketika ditemui selepas menerima skrol ijazah pada majlis Konvokesyen UniSZA ke-14 di sini semalam.

Selain itu, beliau menerima skrol Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Antropologi dan Dakwah) dengan Kepujian daripada Pro Canselor UniSZA, Tunku Datuk Nooruddin Tunku Shahabuddin.

Muhammad Hafiz mengatakan bahawa beliau menggagahkan diri menghadiri majlis konvokesyen berkenaan walaupun masih terduka dengan kehilangan bapanya.

Di samping itu, anak ketiga dari enam beradik itu berkata, beliau, bapa dan ibunya, Salmah Kasa yang berusia 64 tahun telah bertolak dari rumah mereka di Kampung Selayang Baru, Selangor untuk menghadiri majlis konvokesyen berkenaan pada hari Ahad.

“Arwah ayahnya sangat teruja untuk menghadiri majlis konvokesyen buat pertama kali kerana saya anak pertama yang menjejak menara gading.

“Beliau sangat gembira melawat tempat-tempat menarik di Terengganu dan tidak sangka ia kenangan manis terakhir saya bersamanya,” katanya.

Takziah diucapkan kepada Muhammad Hafiz dan sekeluarga serta semoga arwah ditempatkan dalam golongan yang beriman.

Sumber : Kosmo 

Share.

Leave A Reply