“Saya amat terkejut apabila menerima berita anak terbabit dalam kemalangan awal pagi tadi daripada salah seorang rakan kuliahnya,” kata Aidol Munir Akhbar, bapa kepada seorang daripada lima penuntut yang maut dalam kemalangan di Kilometer 246 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, dekat Kuala Kangsar, tengah malam tadi.

Sayu..Ini Luahan Bapa Salah Seorang Penuntut USAS Yang Maut

Aidol berkata, anaknya, Muhammad Nasrun, 22, menuntut di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Kuala Kangsar dan ketika kejadian mereka dalam perjalanan pulang ke universiti selepas makan malam bersama beberapa rakan lain di Ipoh.

Beliau yang tinggal di Taman Desa Bukit Bujang, Kuala Kubu, Selangor, berkata, selepas menerima berita kemalangan itu beliau bersama ahli keluarga begegas ke Hospital Kuala Kangsar pada 3 pagi bersama ahli keluarga lain.

Katanya, beliau tiba lewat di hospital pada 8 pagi disebabkan kesesakan lebuh raya bermula dari Tanjung Malim.

“Rakan arwah memaklumkan sebelum kejadian mereka keluar makan malam di Ipoh dan disertai beberapa pelajar lain yang menunggang motosikal.

“Semasa kejadian rakan arwah memaklumkan setiba di tempat kemalangan terdapat kerja-kerja membaiki jalan dan kereta dinaiki lima mangsa itu dirempuh dari belakang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Aidol berkata, ketika ini dia berada di Hospital Kuala Kangsar bagi menuntut jenazah anaknya dan mungkin proses bedah siasat mengambil masa yang lama disebabkan jumlah mangsa yang ramai.

Katanya, dia reda dengan ketentuan menimpa anaknya dan bercadang membawa pulang jenazah untuk dikebumikan di Kuala Kubu Baharu.

“Saya berharap kerja-kerja bedah siasat dan pengecaman ini dapat berjalan dengan segera supaya proses pengebumian dapat diadakan hari ini,” katanya.

Dalam kejadian tengah malam tadi, lima penuntut Usas disahkan mangsa kemalangan membabitkan tiga kenderaan.

Sumber : Harian Metro

Share.

Leave A Reply