Scammer Guna Nama Ketua Polis Pahang Untuk Menipu | Polis Pahang menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan taktik dan modus operandi terbaharu scammer yang menggunakan nama Ketua Polis Pahang bagi tujuan penipuan.

Scammer Guna Nama Ketua Polis Pahang Untuk Menipu

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, taktik itu dikesan selepas mendapat satu notis tangkapan dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui telefon bimbitnya pada malam Rabu.

Menurutnya, polis tidak pernah mengeluarkan apa-apa surat arahan untuk membuat tangkapan temasuk notis kehadiran suspek mahu pun memo dalaman yang ditandatanganinya.

Beliau berkata bahawa terkejut apabila mendapati notis itu (tangkapan) yang mengandungi nama dan tanda tangannya. Jadi beliau juga dikatakan berkongsi kepada semua ketua polis negeri-negeri agar lebih berhati-hati.

Jelasnya, surat itu dipercayai dibawa oleh seseorang untuk diberikan kepada orang yang dikenali atau dikehendaki polis sebagai satu notis khas.

Beliau yakin dan percaya perbuatan ini didakwa dilakukan oleh individu yang menyamar sebagai polis untuk diberikan kepada mangsa.

Ramli menjelaskan, notis palsu tersebut dijadikan sebagai dokumen sebenar bagi tujuan penipuan dan ugutan untuk mendapatkan wang.

Tambahnya, notis palsu itu turut mengandungi butiran lengkap seperti nama penuh dan nombor kad pengenalan, alamat, nombor fail kes serta perlu memperkenalkan diri daripada Ibu pejabat Polis kontijen Pahang.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply