Scammer ‘Kebas’ Duit Hanya Tinggalkan Baki RM1.97 | Pengguna Facebook, Fairul Asni Hamzah terkejut apabila menerima notifikasi daripada bank berhubung beberapa transaksi melibatkan akaun simpanannya sehingga lebih RM5,000.

Lebih mengecewakan, wang yang dikumpul untuk membayar segala keperluan dan hutang kini berbaki RM1.97.

“Hendak menangis rasa, nak tergelak, kecewa pun ada, sampai tinggal banyak itu sahaja (RM1.97) kau kebas, sekurang-kurangnya tinggallah (baki) RM50 ke RM20,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya semalam.

Menurut Fairul Asni, sebelum akaun simpanannya digodam, dia dihubungi seorang individu menerusi aplikasi WhatsApp yang memaklumkan nombor telefonnya tersalah tulis pada maklumat penjual di sebuah platform e-dagang.

Individu berkenaan kemudian meminta Fairul Asni untuk memberikan butiran notifakasi yang diterima dengan pelbagai alasan.

“Lesap duit dalam bank RM5,444. Tidur tak lena mengenangkan duit yang aku baru masukkan untuk membayar sewa kedai dan lain-lain pada 1 Oktober ini. Sebelum duit lesap di dalam bank semalam ada beberapa individu menghantar WhatsApp menggunakan nombor yang tidak dikenali,” katanya.

Pengguna Facebook itu turut berkongsi tangkap layar perbualannya dengan seorang individu tidak dikenalinya menerusi kiriman WhatsApp.

Difahamkan, Fairul Asni membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Dalam pada itu, perkongsiaan tersebut menjadi tular dalam media sosial dan pelbagai reaksi diberikan oleh pengguna lain.

Ramai pengguna berkongsi nasib sama apabila kebelakangan ini terlalu banyak kes kehilangan wang di dalam akaun simpanan mereka secara tiba-tiba.

Mereka meluahkan rasa kecewa apabila pihak bank dikatakan seolah-olah ‘lepas tangan’ terhadap kerugiaan yang dialami penilik akaun.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply