Scammer Projek Kuih Raya Mengaku Tidak Bersalah Di Mahkamah

| May 17, 2021 | 0 Comments

Scammer Projek Kuih Raya Mengaku Tidak Bersalah Di Mahkamah | Seorang suri rumah berusia 51 tahun telah mengaku tidak bersalah di hadapan Mahkamah Majistret Kuantan selepas dia dikatakan telah disabitkan dengan dua pertuduhan melibatkan penipuan terhadap beberapa individu mengenai perniagaan projek kuih raya pada Disember tahun lalu.

Scammer Projek Kuih Raya Mengaku Tidak Bersalah Di Mahkamah

Wanita terbabit dikenali sebagai Wan Roshaidayati Wan Mohd Salleh, 51, membuat pengakuan tidak bersalah tersebut di hadapan Majistret Najwa Hashim selepas kes tersebut dibicarakan pada pagi Selasa, baru-baru ini.

Menurut pertuduhan yang dibaca oleh Timbalan Pendakwaraya, Fathin Nadhirah Kasim, tertuduh telah didakwa melakukan penipuan dengan menawarkan pemberian modal permulaan perniagaan projek kuih raya RM2,000 kepada seorang wanita berusia 41 tahun.

Mangsa yang mempercayai penipuan tersebut telah mendorong mangsa memberi wang berjumlah RM500 secara tunai kepada tertuduh di sebuah restoran di Taman Seri Mahkota di sini, jam 9.30 malam, pada 31 Disember tahun lalu.

Pertuduhan kedua pula melibatkan seorang pemuda berusia 28 tahun bagi tujuan sama iaitu menawarkan modal permulaan dan turut menyerahkan wang berjumlah RM500 kepada tertuduh sebelum dia dilaporkan menipu para mangsa.

Perbuatan tersebut dikatakan telah dilakukan olehnya di parkir stesen minyak Taman Seri Mahkota Aman, Kuantan pada masa serta tarikh yang sama, melalui pertuduhan yang dibaca dihadapan majistret.

Jika disabitkan dengan kesalahan, tertuduh dilaporkan bakal didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda.

Mahkamah telah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM 3,000 dengan seorang penjamin serta kes akan disebut semula pada 8 Jun akan datang.

Tertuduh telah diwakili oleh  peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Mohd Azahari Mat Asin bagi prosiding pada kali ini.

Sumber: Astro Awani

Tags: , , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *