Sebak! Hilang 2 Hari Dijumpai Mati Dalam Parit. Seorang warga emas tidak dapat menahan sebak apabila kakaknya, Masriah Sa’aludin, 76, yang hilang sejak petang Sabtu ditemui meninggal dunia dalam parit. Baca seterusnya.

SABAK BERNAM – Seorang warga emas tidak dapat menahan sebak apabila kakaknya, Masriah Sa’aludin, 76, yang hilang sejak petang Sabtu ditemui meninggal dunia dalam parit di Jalan Haji Roshidi Kampung Tebuk Berihun di sini pada Ahad.

Rohani Sa’aludin, 71, berkata, kehilangan Allahyarhamah Masriah amat menyedihkan apatah lagi sudah tinggal bersama sejak lebih 20 tahun lalu.

Menurutnya, kakaknya itu mempunyai hubungan rapat dengannya dan sering meluangkan masa bersama di rumah yang turut dihuni anak dan menantu serta tiga cucunya.

“Saya banyak meluangkan masa berbual dengan Masriah dan tidak sangka kakak menemui Ilahi terlebih dahulu.

“Saya rasa sedih sebab sudah hilang kakak yang saya anggap macam kembar sendiri kerana banyak kenangan antara saya dan dia di rumah pusaka ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Ahad.

Rohani berkata, kakaknya itu sebelum ini pernah berkahwin tetapi telah berpisah dan tidak mempunyai anak.

Jelasnya, tiada petanda ditunjukkan Allahyarhamah melainkan dilihat lebih gemar makan mi goreng seminggu sebelum kejadian.

“Biasa kakak tidak kisah makan, tapi saya perasan perubahan tabiat Allahyarhamah suka mi goreng.

Sumber: SH

Share.

Leave A Reply