Sedih Anak 10 Tahun DicabuI. Tiada Maaf Bagimu !

| July 28, 2021 | 0 Comments

Sedih Anak 10 Tahun DicabuI. Tiada Maaf Bagimu ! | Seorang ibu bercerita tentang kesedihan apabila anak perempuannya berumur 10 tahun telah dicabul oleh anak pengasuh. Baca selanjutnya.

Gambar Hiasan

Sy ibu kepada 4 org anak. Sy ada terbaca post tuan tentang seorng ibu yg mempunyai seorng anak yg telah menjadi mangsa gangguan seksual anak jiran. Post tu 3 hari yg lepas dan sy tertarik untuk berkongsi pengalaman sy.
Sy ada seorng anak perempuan yg berumur 10 tahun. Anak pertama sy. Satu2 nya anak perempuan sy. Baru2 ni, sy dan suami teleh mengetahui satu perkara yg sangat memeranjat kan dan menghacurkan hati kami tuan. Anak perempuan sy mengaku, dia pernah mengalami gangguan seksual di rumah pengasuh sewaktu berumur 6 tahun. Setelah 4 tahun baru anak sy buka mulut cerita kan hal itu.

Anak sy kata, anak lelaki pengasuh yg sy kira waktu tu berusia 12-13 tahun, membuat gangguan seksual pd anak sy yg ketika tu berusia 6 tahun. Sy dan suami sgt terperanjat. Waktu tu saya menggigil seluruh badan, rs macam nak pengsan tuan. Sy dan suami paksa anak sy cerita everythng yg anak lelaki pengasuh tu dah buat. Anak sy kata, budak lelaki tu baring kan dia, hempap badan dia dan cium bibir lama2 sambil tangan nya meramas punggung anak sy. Bende ni kerap terjadi waktu anak sy bersendirian bermain di tingkat atas rumah pengasuh (rumah pengasuh 2 tingkat). Pengasuh ada seorng anak perempuan yg berusia 8 tahun (pada waktu itu). Anak sy bnyk bermain dgn anak perempuan pengasuh. Dan budak lelaki tu akan ambil kesempatan bila anak sy di tinggalkan bersendirian. Saya marah anak sy. Kenapa tak bgtau umi?. Anak sy kata, budak lelaki tu bg amaran, “jangan bgtau sapa2, kalau tak abg akan pukul”.

Sy sgt takut tuan. Sy tanya anak sy lg, ada tak abg tu buat apa2 lagi?. Ada tak abg tu buka seluar kakak?. Ada tak abg tu pegang ‘flower’ kakak?. Ade tak abg tu tunjuk kan bebird dia?. Ada tak abg tu masukkan bebird dia dlm flower kakak?. Waktu tu sy dah meraung sbb sy terlalu takut. Anak sy dah menangis2 sbb takut juga. Anak sy kata takde. Abg cuma baring kan dia, meraba dan cium2 dia. Tp sy sgt2 takut tuan. Waktu tu anak sy cuma 6 tahun. Sy takut kalau sebenarnya benda teruk telah terjadi. Nauzubillah.

Bnyk kali sy tanya anak sy, anak sy tetap kata cuma itu yg terjadi.
Sy berbincang dengan suami sy, lantas kami suami isteti dan anak sy pergi bertemu kaunselor di jabatan kebajikan masyarakat. Anak sy diberi kaunselling. Sy sendiri yg ambil keputusan bawa anak sy berjumpa kaunseling atas apa yg telah dia lalui. Sy minta kaunselor korek cerita dr anak sy tentang peristiwa yg dia alami di rumah pengasuh tu. Anak sy cerita perkara yg sama dengan pegawai kaunseling seperti mana dia cerita pada sy dan suami. Pegawai kaunseling kata, inshaAllah tiada perkara yg lg teruk berlaku. Pegawai tu kata, anak sy tak berhenti menangis semasa menceritakan perilaku anak lelaki pengasuh tu sewaktu sesi kaunselling dijalankan. Anak sy masih lg berjumpa dgn pegawai kaunselling sampai sekarang utk sesi kaunselling.

Tuan, berikutan peristiwa tu. Sy dan suami ada berjumpa dgn pengasuh tersebut. Pengasuh tu sgt terkejut. Kami suami isteri dan anak perempuan sy telah pergi bertemu dgn pengasuh dan suami dan anak2 pengasuh sekali. Sy ceritakan dari A sampai Z apa yg telah berlaku. Ternyata pengasuh td tak terima kenyataan. Mereka membantah sekeras2 nya tuan. Pengasuh tersebut tidak percaya anak lelaki nya buat mcm tu pd anak sy. Malah mereka menuduh anak perempuan sy sengaja membuat cerita dan anak sy cuma berilusi. Sy minta anak sy tunjuk sendiri abg yg mana yg ganggu dia (pengasuh ada 4 org anak lelaki). Anak sy tunjuk sendiri yg mana satu budak nya, depan pengasuh dan suaminya. Budak lelaki tu bermatian2 tak mengaku. Pengasuh dan suami nya berkeras tak percaya dan tetap pecaya dgn anak lelakinya td.

Kenapa sy percaya utk hantar anak sy dibawah asuhan nya tuan, sbb pengasuh ni mcm sgt2 Islamic. Bila sy tgk, sy yakin anak sy akan selamat dibawah asuhan dia. Ternyata sy salah!.
Perbincangan sy dan suami dgn keluarga pengasuh tu agak tegang. Pengasuh berkeras mengatakan anak perempuan sy sengaja mereka2 cerita. Lebih teruk mereka tuduh anak sy berilusi. Sy ada bgtau yg akan akan buat laporan polis. Pengasuh n suami semacam mengugut sy dan suami, mereka akan saman kami sebab kami tiada bukti dan perkara ni dah berlaku 4 tahun yg lalu. Anak lelaki mrk tu mrk masukkan ke sekolah tahfiz. Ternyata lebih la lg kepercayaan mereka dgn anak tahfiz mrk. Di akhir perbincangan, pengasuh ada berpesan pd sy dan suami supaya jgn hebah atau cerita pd sesiapa tentang perkara ni. Dan mereka minta kami tak laporkan pd polis dan tak panjang kan hal ni. Apa yg mereka kata, berdoalah bnyk2 pada Allah (which sy rs mereka menggunakan agama utk tutup kesalahan mereka). Tiada kata2 maaf dr mereka tuan.

Sy ada refer pd pegawai kaunseling. Pegawai tu kata mcm kes sy, susah nak menang sbb benda ni dah lama berlaku dan sy tiada bukti. Tp sy rs sgt tak adil pd anak sy. Sbb sy percaya anak sy berckp benar. Dan utk pengetahuan tuan, pengasuh tersebut masih lg mengasuh anak jiran yg lain pd masa ini.

Sy ingin meminta pendapat tuan. Apa yg boleh sy lakukan?. Sy rs tak adil utk anak perempuan sy dan sy khuatir anak asuhan lain yg akan jadi mangsa anak lelaki pengasuh tadi.
Sepanjang perbincangan sy dan suami dgn pengasuh tu, sy dpt lihat body language budak lelaki yg ganggu anak sy tu, mmg kelihatan resah. Tp dia bermatian2 tak mengaku tuan.
Kelemahan nya ialah, peristiwa tu dah lama berlaku. Dah 4 tahun. Dan kami tiada bukti.
Apa yg boleh sy buat tuan?. Mohon pendapat dari tuan.
Terima kasih.
***********
27 Julai 2021
Salam tuan.
Sy dah buat laporan polis sepertimana yg tuan nasihat kan.
Lega sikit hati ni.

Polis yg incharge tu kate die akan buat perbincangan dgn pegawai die.
Sy hrp ada la pembelaan utk pihak anak sy.
Skrng ni doa dan tawakal pd Allah je.
******
Alhamdulillah. Semoga Allah beri kekuatan kepada puan sekeluarga.

Sumber : FB Akhi Fairuz Al-Jengkawi

Tags: , , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *