Sekolah Terbakar Di Niger, Ragut 20 Nyawa Pelajar

| April 13, 2021 | 0 Comments

Sekolah Terbakar Di Niger, Ragut 20 Nyawa Pelajar | Benarlah kata pepatah bahawa malang tidak berbau apabila niat sekumpulan pelajar ke sekolah untuk menimba ilmu bertukar tragedi apabila sekolah mereka terbabit dengan kebakaran. Hal yang lebih menyedihkan ialah kira-kira 20 orang pelajar sekolah itu terkorban kerana terperangkap dalam api yang marak.

Sekolah Terbakar Di Niger, Ragut 20 Nyawa Pelajar

Niamey: Kira-kira 20 orang pelajar  terkorban apabila sekolah mereka yang terletak di ibu kota Niger ini terbakar, semalam.

“Sebanyak 21 bilik darjah dalam pondok jerami telah dijilat oleh api dan kira-kira 20 kanak-kanak terperangkap dalam kebakaran itu.

“Anggota penyelamat berkejar ke lokasi sebelum berjaya memadamkan kebakaran.

“Bagaimanapun api terlalu marak ketika kejadian dan kanak-kanak terbabit gagal menyelamatkan diri,”kata Komander Bomba, Sidi Mohamed, melalui siaran televisyen.

Siaran televisyen itu turut memetik saksi memaklumkan,kebakaran itu tercetus pada sekitar kira-kira  jam 4 petang ketika semua mangsa berada di dalam bilik darjah.

Setakat ini, punca kejadian masih belum dapat dikenal pasti.

Perdana Menteri, Ouhoumoudou Mahamadou, turut melawat ke lokasi kejadian mengucapkan takziah buat semua keluarga korban.

Niger disenaraikan sebagai negara yang paling miskin di dunia dalam Indeks Pembangunan Manusia di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang membabitkan sebanyak 189 buah negara.

Pihak berkuasa membina sekolah dengan menggunakan ribuan pondok jerami untuk digunakan sebagai bilik darjah, bahkan terkadang murid-murid terpaksa duduk di lantai.

Sumber: Berita Harian

Tags: , , , , ,

Category: DUNIA, KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *