“Selalunya Kotak Macam Ni Aku Buang Je..” Pemuda Manfaatkan Kotak ‘Parcel’ Dengan Lukisan Yang Cantik

| March 4, 2021 | 0 Comments

“Selalunya Kotak Macam Ni Aku Buang Je..” Pemuda Manfaatkan Kotak ‘Parcel’ Dengan Lukisan Yang Cantik | Bila dilahirkan sebagai seorang yang kreatif, dapatlah apa sahaja pun sudah pasti banyak idea yang mahu dicurahkan.

Kadang-kala individu yang kreatif sebegini bertuah kerana mempunyai bakat yang semua orang tidak ada.

"Selalunya Kotak Macam Ni Aku Buang Je.." Pemuda Manfaatkan Kotak 'Parcel' Dengan Lukisan Yang Cantik

Terbaru, tular satu ciapan seorang pengguna Twitter dengan hasil lukisannya yang dilukis pada kotak ‘parcel. Beliau gunakan trend yang selalu digunakan oleh wargaent Twitter ‘from this‘ ‘to this‘ itu dengan menunjukkan lukisannya di laman Twitter miliknya.

Selalunya kotak parcel camni aku buang je. Tapi takpe, kalini aku cuba manfaatkan kotak ni…

Kebiasaan orang akan membuang semula kotak bungkusan yang tidak diguna lagi. Tetapi bagi beliau ia boleh ditukar kepada seni dengan menghasilkan lukisan yang cantik.

 

Terdahulu, beliau juga pernah tular dengan hasil lukisan potrait Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah di atas sekeping mask yang sudah terputus tali.

Potrait tersebut mendapat perhatian ramai kerana secara tidak langsung dapat menghargai pengorbanan Dr Noor Hisham sepanjang pandemik berlaku. Ia juga turut memberikan kesedaran melalui pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal.

Sumber : @wisylukis

Tags: , , , ,

Category: DUNIA, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *