Seorang lelaki maut manakala lima cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Kilometer 5, Jalan Gaung-Kuala Ping-Teris di Kampung Tajin di sini malam semalam.

Selekoh 'Maut', Dua Kereta Bertembung. Ini Keadaan 7 Mangsa Terbabit

Dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, mangsa, Mohd. Ruzaini Daraman, 55, yang memandu Proton Wira meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami cedera parah dan tersepit di tempat duduk.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintenden Mohd. Adli Mat Daud memberikan kenyataan berkenaan insiden ini.

Kemalangan membabitkan sebuah Proton Wira dipandu mangsa bersama dua penumpang dengan sebuah Perodua Aruz dinaiki empat sekeluarga.

Menurutnya, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta dipandu mangsa dari arah Kuala Berang menuju ke rumahnya di Kampung Kuala Jeneris, Hulu Terengganu.

Kemudian, kereta tersebut terbabas masuk ke laluan bertentangan di jalan selekoh.

Kereta dinaiki mangsa kemudian bertembung dengan sebuah Perodua Aruz dipandu seorang pengawal keselamatan berusia 44 tahun.

Keretanya juga tidak sempat mengelak ekoran jarak terlalu dekat.

Pemandu Proton Wira disahkan pasukan pegawai perubatan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Manakala, dua penumpang iaitu isterinya, Suhaini Abu Bakar, 47, cedera di bahagian muka serta cucunya, Nur Amy Batisha Muhammad Ridwan, 9, cedera kaki kanan.

Tambah Mohd. Adli, pemandu Perodua Aruz, Fauzi¬†[email protected]¬†turut mengalami kecederaan di bahagian kaki sebelah kiri serta kepala.

Sementara itu, penumpang iaitu isteri, Che Norzihan Ismail, 40, cedera tangan kanan dan ibu mentua, Fatimah Mat Yasin, cedera bahagian kepala.

Manakala, anaknya, Muhammad Aqif Firdaus Fauzi, 6, yang berada di tempat duduk hadapan tidak cedera.

Mangsa yang maut dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan selanjutnya.

Manakala, kesemua yang cedera turut dibawa ke hospital sama bagi mendapatkan rawatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan.

Sumber: Utusan Malaysia

Share.

Leave A Reply