Selepas 6 Tahun, Lelaki Terkejut Isteri Dikahwininya Itu Adalah Kakak Kandungnya. | Dunia seorang lelaki jadi gelap seketika apabila mengetahui hakikat isteri dikahwininya sejak enam tahun lalu adalah kakak kandungnya.
India Times melaporkan, kebenaran itu terbongkar selepas lelaki berkenaan menjalani ujian bagi menentukan sama ada dia layak mendermakan buah pinggang kepada ‘isterinya’ atau sebaliknya.
Lelaki itu mendakwa dia tidak tahu lebih awal selepas diambil sebagai anak angkat selepas dilahirkan dan tiada maklumat mengenai siapa ibu bapa kandungnya.
Lelaki itu berkata bahawa sejurus selepas anak mereka dilahirkan, isterinya jatuh sakit dan perlu menjalani prosedur pemindahan buah pinggang.
Mereka cuba berikhtiar mencari penderma dalam kalangan ahli keluarga namun tiada saudara maranya yang sesuai.
Katanya menerusi perkongsian di Reddit yang sudah dipadam bahawa dia ambil keputusan untuk menjalani ujian bagi melihat sama ada dia boleh menderma walaupun tahu ia tidak mungkin.
Katanya, doktor kemudian memberitahunya ada keperluan untuk menjalankan penyelidikan tambahan kerana data hasil ujian antigen leukosit manusia (HLA) dan dia bersetuju tanpa memikirkannya.
Lelaki itu kemudian menerima keputusan ujian dan mendapati dia serta isterinya mempunyai peratusan padanan yang luar biasa tinggi.
Dia terkejut dan bingung. Doktor menjelaskan bahawa disebabkan cara maklumat DNA diturunkan dari generasi ke generasi, adik-beradik boleh mempunyai padanan 0 hingga 100 peratus dan ibu bapa serta anak-anak boleh mempunyai sekurang-kurangnya 50 peratus padanan.
Katanya, padanan tinggi sebagai suami isteri adalah luar biasa. Rupanya, dia dan isteri ada pertalian darah dan tidak bergurau. Walaupun diaa tidak pasti apa yang perlu dilakukan seterusnya, dia sedar ia mungkin tidak betul.
Bagi mendapatkan kepastian, dia meminta nasihat daripada orang lain.
Seorang pengguna berkata, dia rasa tiada gunanya hebohkan ke seluruh dunia ketika ini kerana mereka sudah berkahwin dan tidak boleh mengulanginya.
Sumber: Harian Metro
Artikel Lain
Isteri Minta Suami Kahwin Rakan Baik
Isteri Minta Suami Kahwin Rakan Baik | Seorang lelaki di Singapura meluahkan rasa buntu apabila si isteri meminta dirinya untuk berkahwin dengan rakan baik wanita terbabit. Ini lain daripada yang lain!
Menerusi hantaran si suami yang tular di SGWhispers, lelaki berkenaan meminta nasihat daripada orang ramai mengenai situasi yang dialami olehnya itu.
Sekadar meminta pendapat dan nasihat disini mengenai keadaan saya.
Difahamkan, hasil perkahwinan pasangan terbabit, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, namun isterinya tetap meminta untuk berkahwin dengan rakan baiknya yang sudah bercerai serta mempunyai dua orang anak.
Ujar isterinya lagi, jika suaminya bersetuju untuk berkahwin, dia akan mempunyai seseorang untuk menjaganya. Malah, anak-anak rakannya itu boleh menjadi sebahagian daripada keluarga mereka.
Luahan lelaki berkenaan secara tidak langsung meraih perhatian netizen.
Bukan itu sahaja, rata-ratanya menasihatkan si suami untuk mengikut kata hatinya serta mengatakan dia boleh membantu rakan isterinya tanpa perlu mengahwininya.
Sumber: Oh Bulan
Kakak Meninggal Dunia, Adik Kena Ganti Tempat Pengantin
Kakak Meninggal Dunia, Adik Kena Ganti Tempat Pengantin | Siapa sangka, majlis perkahwinan yang sepatutnya menjadi momen bahagia bertukar tragedi apabila pengantin perempuan disahkan meninggal dunia pada hari kejadian.
Memetik laporan Daily Star, pengantin perempuan dikatakan mengalami pening kepala sebelum tidak sedarkan diri ketika majlis perkahwinanya sedang berlangsung.
Susulan daripada itu, mangsa telah dikejarkan ke salah sebuah hospital di India. Pegawai perubatan kemudian mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung.
Namun pihak keluarga tidak mahu membatalkan majlis dan sanggup meneruskan majlis tersebut dengan menggantikan pengantin perempuan.
Si bapa meminta anak perempuannya yang lain (adik mangsa) untuk menggantikan posisi sebagai pengantin perempuan.
Difahamkan, jenazah bakal pengantin perempuan yang tragis itu disimpan di dalam peti sejuk jenazah di hospital sehingga majlis perkahwinan selesai.
Sumber: KMN