Selepas Bunuh Bekas Isteri, Suspek Telefon Polis

| July 16, 2020 | 0 Comments

Selepas Bunuh Bekas Isteri, Suspek Telefon Polis | Wanita berusia 27 tahun maut dipercayai dibunuh bekas suaminya di kediaman di Taman Ehsan Jaya, dekat Pasir Gudang, semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata pihaknya menerima panggilan telefon daripada lelaki pada 3.20 petang menyatakan seorang wanita meninggal dunia di lokasi terbabit.

“Pihak polis segera ke tempat kejadian dan daripada siasatan awal mendapati mangsa dipercayai mati dibunuh.

“Polis menahan lelaki berusia 32 tahun yang juga bekas suami mangsa yang berada di tempat kejadian untuk siasatan lanjut.

“Suspek juga mengaku dia yang telefon, maklum kepada pihak polis mengenai insiden berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bagaimanapun tiada senjata ditemui di lokasi kejadian, selain punca kematian masih dalam siasatan.

“Sekarang masih menunggu laporan bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber : HMetro

Tags: , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *