Selepas Disaman KJ, Ini Pula Tindakan Mengejutkan Dari Abu Syafiq. | PETALING JAYA: Pendakwah bebas Mohd Rasyiq Mohd Alwi atau lebih dikenali sebagai Abu Syafiq mengancam untuk memfailkan saman balas terhadap Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin sebanyak RM500 juta.

Selepas Disaman KJ, Ini Pula Tindakan Mengejutkan Dari Abu Syafiq.

Rashiq berhasrat berbuat demikian susulan tindakan Khairy mengemukakan saman fitnah terhadapnya berkaitan hantaran atas talian berhubung program vaksinasi kerajaan.

“Saya akan saman balas RM500 juta. Saman menteri-menteri ‘sedap sikit’ sebab poket mereka berkepok,” kata Rasyiq menerusi hantaran di Instagramnya, hari ini.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Khairy selaku plaintif memfailkan saman terhadap Rasyiq dan bekas ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam, berhubung siri hantaran atas talian yang dibuat antara 20 Okt lalu dan 10 Jan.

Dalam kenyataan tuntutan, Khairy memfailkan saman berkenaan atas kapasiti peribadi dengan mendakwa Rasyiq memfitnahnya dengan membuat empat kenyataan dan menerbitkan tiga video dan satu gambar menerusi akaun Instagram miliknya antara 20 Okt dan 10 Jan.

Khairy juga menuntut ganti rugi yang tidak ditentukan dan mahu defendan membuang hantaran yang didakwa memfitnah.

Beliau turut menuntut kedua-dua mereka mengeluarkan kenyataan menarik balik dakwaan dilakukan dan secara terbuka memohon maaf dalam akaun YouTube masing-masing dan akaun media sosial lain yang dikenal pasti olehnya.

Menerusi hantaran berlainan, Rashiq turut memohon maaf dan akan memadam semua hantaran dan video vaksin berkaitan Ahli Parlimen Rembau itu.

Sumber: FMT

Share.

Leave A Reply