Selepas DS Anwar Diumum PM ke-10, Ini Luahan Nurul Izzah | Hari ini KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah secara rasminya berkenan melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri (PM) ke-10.

Berikutan pengumuman itu, rata-ratanya ramai yang meluahkan kegembiraan dan mengucapkan tahniah kepada Anwar Ibrahim kerana dilantik menjadi PM setelah dua dekad berjuang.

Tumpuan media kini pastinya tertumpu kepada keluarga Anwar Ibrahim, namun sebelum sempat ditemu bual, anaknya Nurul Izzah yang pernah digelar ‘Puteri Reformasi’ menyatakan kegembiraan mengenai lantikan itu.

Dalam hantaran di Facebook, Nurul Izzah menekankan tanggungjawab yang dirangkul pastinya berat selepas pelantikan dan berkata legasi yang akan ditinggalkan kepada generasi masa depan hanya idealisme dan prinsip perjuangan yang tidak boleh dijual beli.

Ikuti perkongsian Nurul Izzah di bawah ini.

“I Love You Papa, Always Proud Of You”

Dalam hidup di dunia, kita tidak mampu terlepas daripada dugaan.

Ketika kalah kita diduga, ketika menang juga kita diduga. 

Yang pasti, sejak 1998 sehingga saat ini – adalah kewajipan untuk kita berpegang terus kepada garis batas perjuangan – menuntut keadilan bukan untuk diri kita, tetapi sebagai pemangkin kepada perlindungan untuk semua.

Cabaran tetap menanti – dan selepas upacara angkat sumpah – usaha menyatu padukan teman-teman senegara, meneliti masalah ekonomi yang membelenggu, menarik pelaburan menerusi ransangan ekonomi dan bakat tempatan, dan membina ummah serta bangsa yang berteraskan keadilan sosial dan kenegaraan yang jitu.

I love you, Papa, Am always proud of you – even as you lay imprisoned as a prisoner of conscience.

Legasi yang kita tinggal kan untuk anak-anak dan generasi masa depan bukannya harta, pangkat mahupun wang ringgit, tetapi idealisme dan prinsip perjuangan yang tidak boleh dijual beli.

Jadikan masa depan, masa kita bersama.

Khayr, InshaaAllah.

Dalam pada itu, Nurul Izzah juga turut memuat naik foto ‘bersejarah’ ketika di saat ayahnya meangkat tangan sambil melaungkan ‘Reformasi’ sewaktu himpunan rakyat kira-kira 20 tahun lalu.

 

 

 

Sumber: Siakap Keli

 

Artikel Lain

Anwar Ibrahim Sah Perdana Menteri Ke-10

Anwar Ibrahim Sah Perdana Menteri Ke-10 | Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk melantik Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 selaras dengan kuasa Baginda yang diperunfukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Istana Negara dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dimaklumkan selepas Seri Paduka Baginda berkenan berangkat menghadiri dan mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, hari ini.

Pada sesi Perbincangan Khas yang berlangsung bermula pada 11.00 pagi itu, Seri Paduka Baginda telah berkenan mewasalkan kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu proses pelantikan Perdana Menteri baharu susulan daripada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November 2022 lepas.

Sumber : Kosmo

Baca juga artikel ini :

Perbincangan Khas Raja-Raja selesai selepas 2 jam | Kesemua baki enam Raja-Raja Melayu telah berangkat pulang meninggalkan pekarangan Istana Negara bermula pukul 12.55 tengah hari tadi.

Antara yang terawal dilihat keluar adalah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin diikuti Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Keberangkatan pulang itu disusuli Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Difahamkan, Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu itu berlangsung selama lebih dua jam yang bermula sejak pukul 11 pagi sehingga pukul 1 tengah hari.

Terdahulu, dua kenderaan rasmi Istana Johor dan Negeri Sembilan telah berangkat pulang terlebih dahulu meninggalkan Istana Negara sekitar pukul 11.57 pagi tadi.

Sebelum itu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitah perkenan untuk menganjurkan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu hari ini berhubung pelantikan Perdana Menteri ke-10.

Ia kerana, menurut hemat Baginda, tiada ahli Dewan Rakyat mendapat kepercayaan majoriti mudah untuk dilantik sebagai Perdana Menteri seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Sumber : Kosmo 

Share.

Leave A Reply