Selepas Rasmi Letak Jawapan PM. Ini Harapan Muhyiddin Kepada Kerajaan Baru Nanti.

| August 16, 2021 | 0 Comments

Selepas Rasmi Letak Jawapan PM. Ini Harapan Muhyiddin Kepada Kerajaan Baru Nanti | Perutusan hari ini telah menyaksikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi ucapan terakhir selepas meletakan jawatan dan berharap agar kerajaan baharu dapat dibentuk dengan segera, supaya pentadbiran negara tidak terganggu dan berjalan seperti biasa.

Selepas Rasmi Letak Jawapan PM. Ini Harapan Muhyiddin Kepada Kerajaan Baru Nanti.

Beliau berkata tempoh dua bulan ke hadapan ini adalah amat penting, kerana kita dijangka mencapai imuniti kelompok pada bulan Oktober.

Tambah beliau, segala perancangan yang telah digariskan dalam Pelan Pemulihan Negara tidak boleh terbantut kerana sektor-sektor ekonomi perlu dibuka semula untuk memastikan ekonomi negara dapat pulih dengan segera dan rakyat dapat menjana pendapatan untuk menyara diri dan keluarga menerusi perutusan khas di Kuala Lumpur hari ini.

Muhyiddin berkata bahawasanya momentum pelaksanaan program vaksinasi Covid-19 negara tidak boleh terganggu dan rekod sebagai negara mencatatkan jumlah vaksinasi harian antara yang tertinggi di dunia mesti dikekalkan.

Beliau juga berkata, kabinetnya telah menempah lebih 87 juta dos vaksin untuk penduduk negara ini yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM4.36 bilion ringgit, lebih daripada mencukupi untuk rakyat Malaysia.

Sumber: Malaysiakini

Tags: , , , , ,

Category: POLITIK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *