Selesai Hantar Jenazah, Pemandu Van Jenazah M4ut Kemalangan | Seorang lelaki maut selepas van jenazah dipandu terbabas ke dalam gaung di Kilometer 16 Jalan Jemaluang-Mersing, pagi hari ini.

Mangsa, Wan Mohd Nasyaruddin, 38, difahamkan dalam perjalanan pulang ke Endau selepas selesai menguruskan penghantaran jenazah.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edrward Nuing berkata, pihak polis menerima laporan kejadian itu kira-kira pukul 9.15 pagi.

“Bahagian Siasatan dan Trafik IPD Mersing menerima panggilan dari orang awam menyatakan terdapat kes kemalangan maut melibatkan sebuah van yang terbabas sendiri ke dalam gaung.

“Van berkenaan dipandu seorang lelaki Melayu berusia 38 tahun yang bekerja sebagai mekanik di Endau. Kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu dari arah Johor Bahru ke arah Mersing telah hilang kawalan sebelum terbabas melanggar besi divider di bahu jalan.

“Akibat kejadian itu menyebabkan van dipandu termasuk ke dalam gaung setinggi tujuh meter di hadapan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Mersing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian setelah disahkan oleh Pakar Perubatan Hospital Mersing.

Menurutnya, mayat pemandu van tersebut telah dirujuk ke Unit Forensik Hospital Mersing bagi tujuan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian

Sumber : Kosmo

Baca juga artikel ini :

Kereta Terbakar Langgar Lori, Remaja [email protected] | Seorang remaja maut apabila kereta dipandunya terbakar selepas bertembung dengan sebuah lori di Kampung Jirok, Jalan Serian-Sri Aman, malam tadi.

Mangsa, Derry Ronston Jong, 18, ditemui meninggal dunia dalam kereta jenis Perodua Alza itu dengan mengalami kesan melecur 20 peratus.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pada jam 10.24 malam sebelum mengerahkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian ke lokasi kejadian.

Beliau berkata setiba di lokasi, pasukan mendapati sebuah lori 10 tan bertembung dengan sebuah kereta Perodua Alza.

Beliau berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa kemalangan itu menyebabkan kereta Perodua Alza terbakar.

Katanya, seorang mangsa kemudian ditemui mati di dalam kereta itu yang terbakar keseluruhan.

Beliau bertambah lagi, mangsa didapati melecur 20 peratus. Pemandu lori berusia 55 tahun serta kelindan lori berumur 49 tahun pula dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan, dan dihantar menggunakan EMRS bomba ke Hospital Serian untuk mendapat rawatan.

Katanya, pasukan memadamkan sepenuhnya api pada kereta itu menggunakan satu aliran saluran bantu mula air dari pam jentera.

Beliau juga menyatakan bahawa pasukan kemudian menyerahkan mayat mangsa kepada polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat sepenuhnya pada jam 2 pagi.

Sumber: Berita Harian

Baca juga artikel ini :

Lelaki Bawa Honda Civic Nyaris Terbakar, Kereta Rentung | Seorang lelaki nyaris rentung selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan lain sebelum terbakar dalam kemalangan di Batu 3 Jalan Bakri, di sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian pukul 12.30 tengah malam itu, kemalangan melibatkan pemandu kereta jenis Honda Civic berusia 31 tahun dan kenderaan mewah jenis Jaguar yang dipandu pemuda berusia 32 tahun.

Komander Operasi dari Balai Bomba Penyelamat Muar, Pegawai Bomba Kanan II Heza Aris berkata, eksiden itu menyebabkan kereta Honda Civic terbabit terbakar sehingga 90 peratus.

“Pemandu kenderaan itu hanya mengalami kecederaan selepas berjaya keluar dengan sendiri. Manakala, pemandu kereta Jaguar pula selamat,” katanya di sini hari ini.

Heza berkata, bomba bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan aliran salur bantu mula air pam jentera dan water tanker sehingga kebakaran padam sepenuhnya.

Jelasnya, mangsa yang cedera diberikan rawatan awal oleh unit EMRS dan dihantar ke hospital.

Menurut beliau, operasi tamat pada pukul 1.18 pagi dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply