Sembilan Maut Dalam Insiden Bangunan Runtuh Di Korea Selatan

| June 9, 2021 | 0 Comments

Sembilan Maut Dalam Insiden Bangunan Runtuh Di Korea Selatan | Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh apabila sebuah bangunan lima tingkat yang dalam proses dirobohkan di bandar Gwangju di barat daya Seoul, Korea Selatan tiba-tiba runtuh dan menghempap sebuah bas yang sedang berhenti di hadapannya.

Sembilan Maut Dalam Insiden Bangunan Runtuh Di Korea Selatan

Menurut AFP, imej-imej yang ditayangkan di televisyen menunjukkan bas tersebut tertimbus di bawah bangunan oleh serpihan-serpihan bangunan berkenaan.

Bangunan itu runtuh secara tiba-tiba dan menyebabkan serpihan bangunan itu menghempap bas yang dinaiki 17 penumpang yang pada ketika itu berhenti di stesen bas yang teletak di hadapan bangunan berkenaan.

Menurut Agensi Kebakaran Kebangsaan, akibat dari kejadian itu sembilan orang penumpang yang menaiki bas tersebut maut manakala lapan orang lagi mengalami kecederaan parah.

Semua pekerja yang berada di tempat kejadian telah pun dipindahkan dan setakat ini punca bangunan itu runtuh masih belum diketahui.

Menurut pihak berkuasa, satu siasatan sedang dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

Sumber: Sinar Harian

Tags: , , , , ,

Category: DUNIA, KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *