Pesara kerajaan kerugian RM46,000 apabila kad yang tersangkut di mesin juruwang automatik (ATM) ditukar individu yang kononnya membantu mengeluarkan kad itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Salleh berkata, pihaknya menerima laporan dari mangsa, 62, mengatakan kad ATM miliknya ditukar dan digunakan oleh individu tidak dikenali, Isnin lalu.

Menurut mangsa katanya, kejadian berlaku kira-kira 10 pagi Sabtu lalu, apabila mangsa cuba untuk keluarkan wang daripada ATM di bank di Banting dan kad itu tersangkut.

“Seorang individu lelaki yang tidak dikenali kebetulan berada di tempat itu membantu mangsa untuk mengeluarkan kad dan berjaya.

“Kad ATM itu diserahkan kepada mangsa tanpa mangsa mengesyaki apa-apa.

“Pada 9.30 pagi Isnin, mangsa sekali lagi ke bank lain dan cuba mengeluarkan wang tetapi tidak berjaya. Mangsa terus merujuk masalah itu di kaunter bank dan mendapati kad itu bukan miliknya.

“Semakan akaun pengadu mendapati terdapat beberapa penggunaan kad ATM miliknya untuk membuat belian dan transaksi lain berjumlah RM46,000 membabitkan 23 transaksi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Ridhwan berkata, siasatan lanjut mendapati transaksi bagi pembelian telefon bimbit bernilai RM3,700 di daerah Klang.

“Terdapat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis kedai jual telefon bimbit di Kapar, Klang menunjukkan ada sepasang disyaki suami isteri membuat pembelian telefon bimbit jenis iPhone 13 menggunakan kad ATM milik mangsa.

“Mangsa sekali datang membuat laporan polis untuk siasatan lanjut. Polis kini sedang berusaha mengesan suspek yang berumur lingkungan awal 30an.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer 1997 yang sabut kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM25,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial suami isteri yang disyaki oleh polis melakukan pembelian telefon bimbit menggunakan kad ATM warga emas berkenaan.

Sumber : HM

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Akibat ‘Love Scam’ Kakitangan IPT Rugi Setengah Juta | Seorang kakitangan wanita sebuah institusi pengajian tinggi di negeri ini mendakwa kerugian RM500,000 akibat terpedaya dengan sindiket ‘love scam’ atau penipuan cinta.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Abdul Rahim Md Din berkata kejadian bermula pada Julai 2020 selepas mangsa berkenalan dengan seorang lelaki warga asing menerusi laman sesawang mencari jodoh.

Beliau berkata sejak itu, suspek sering kali meminta wang daripada mangsa atas pelbagai alasan termasuk untuk meminjam dan sebagai tanda kasih sayang.

Sepanjang perkenalan mereka dari 2020 hingga 2023, mangsa telah melakukan 22 pindahan wang ke akaun yang berbeza-beza sehingga mencapai jumlah RM500,000.

Beliau juga berkata dalam kenyataan hari ini bahawa suspek juga mengarahkan mangsa supaya membuang segala bukti seperti resit pindahan wang ke akaun yang diberikan.

Abdul Rahim berkata disebabkan rasa sayang dan percaya, mangsa menurut semua arahan suspek tanpa curiga dan memikirkan akibatnya di kemudian hari.

Menurut beliau, mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas dimaklumkan rakannya bahawa lelaki yang juga buah hatinya itu bukanlah individu yang sering berhubung dengannya selama ini.

Katanya bahawa mangsa membuat laporan polis pada Ahad lepas selepas kehilangan wang simpanan dan wang pinjaman peribadi berjumlah setengah juta.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan segala taktik penipuan oleh penjenayah yang telah memperdaya ramai mangsa.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply