Sempat Ucap ‘Selamat Tinggal’ Kepada Isteri Dan Keluarga Sebelum Ditemui Maut Akibat Renjatan Elektrik

| May 5, 2021 | 0 Comments

Sempat Ucap ‘Selamat Tinggal’ Kepada Isteri Dan Keluarga Sebelum Ditemui Maut Akibat Renjatan Elektrik | Seorang lelaki telah ditemui maut di sawah padi miliknya berdekatan Jombang, Indonesia selepas dia dikatakan terkena renjatan elektrik yang datang dari perangkap tikus yang dipasang di sini, baru-baru ini.

Sempat Ucap 'Selamat Tinggal' Kepada Isteri Dan Keluarga Sebelum Ditemui Maut Akibat Renjatan Elektrik

Mangsa dikenali sebagai Yunus Junaidi, 49, merupakan seorang petani teah ditemui oleh isterinya ketika Endang Darningsih, 56, yang dalam perjalanan untuk menghantar kopi ke sawah suaminya pada jam 6 petang waktu tempatan sebelum menemukan Yunus dalam keadaan ‘kejung’ terbaring akibat renjatan elektrik.

Menurut jurucakap polis, kejadian berlaku selepas mangsa mengucapkan ‘selamat tinggal’ kepada isteri serta keluarga kerana ingin pergi ke ladang bagi menghidupkan generator. Setelah menghidupkan generator, secara kebetulan perangkap tikus yang dililiti wayar yang disambung generator tersebut juga diletakkan di kawasan sawah.

Selepas isteri mangsa menemui mangsa dalam keadaan terbaring, isterinya telah menjerit meminta pertolongan sebelum disedari oleh adik mangsa yang berada di kawasan berdekatan. Sejurus tiba di tempat kejadian, adiknya yang menyedari generator tersebut tidak ditutup, terus mematikannya bagi menyelamatkan Yunus.

Pihak polis dilaporkan telah menerima panggilan kecemasan pada jam 6.10 petang waktu tempatan sebelum mereka ke lokasi kejadian bagi membantu mangsa. Sejurus tiba ke lokasi, mangsa telah dibawa ke pusat kesihatan di daerah terbabit bagi mendapatkan rawatan namun dia dilaporkan telah meninggal di tempat kejadian.

Jenazah mangsa dikatakan telah dikebumikan pada malam tersebut selepas bedah siasat telah dilakukan oleh pihak polis bagi mengetahui punca sebenar kematian. Menurut mereka, mangsa maut akibat tergelincir lalu terkena perangkap tikus yang bereletrik sebelum dia mati akibat terkena renjatan elektrik tersebut.

Bedah autopsi yang dilakukan juga tidak menemui tanda-tanda penyalahgunaan dan hanya terdapat kesan lebam akibat jatuh.

Sumber: Jawa Pos

Tags: , , , , , , , ,

Category: DUNIA, KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *