Senarai SOP Sepanjang PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur Dan Putrajaya Mulai Tengah Malam Ini.

| October 13, 2020 | 0 Comments

Senarai SOP Sepanjang PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur Dan Putrajaya Mulai Tengah Malam Ini. | Berikut adalah di antara Prosedur Operasi Standard (SOP) yang berkuat kuasa dalam kawasan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mulai tengah malam ini hingga 27 Oktober.

PKPB

KAWALAN PERGERAKAN

– PDRM kawal kawasan tempat jangkitan dengan bantuan ATM, APMM, APM & RELA.

– Hanya dua orang dibenarkan keluar dari rumah untuk beli makanan atau keperluan lain

– Individu berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan keluar ke tempat awam, terbuka dan sesak.

– Pergerakan keluar masuk rentas daerah dan negeri yang melibatkan kawasan PKPB adalah tidak dibenarkan kecuali bagi;

– Kes kecemasan seperti sakit dan pengurusan jenazah di luar daerah adalah dibenarkan tetapi perlu mohon pergerakan kepada PDRM.

– Pekerja dibenarkan rentas daerah dan negeri dengan syarat ada pas pekerja yang sah atau surat kebenaran majikan. Bagi pekerja dalam daerah sama, tidak perlu kemukakan surat majikan atau pas pekerja. Kerajaan galak majikan benarkan pekerja mereka bekerja dari rumah (work from home).

– Bagi yang perlu melalui Selangor dan Kuala Lumpur untuk ke negeri lain, mereka perlu dapatkan kebenaran balai polis berhampiran sebelum perjalanan.

– Individu yang menggunakan pergerakan udara melalui KLIA, KLIA2 dan Subang, juga perlu mendapatkan kebenaran daripada PDRM.

AKTIVITI EKONOMI DALAM KAWASAN PKPB

– Semua aktiviti perniagaan, ekonomi dan industri boleh beroperasi.

– Restoran, kedai / gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera / pusat penjaja, gerai makan tepi jalan / kiosk, kedai runcit dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi mulai 6 pagi hingga 10 malam.

– Pembelian digalakkan secara pandu lalu, penghantaran (delivery) atau take-away sahaja. Makan di premis (dine in) dibenarkan tetapi terhad 2 orang pada 1 meja dengan pematuhan

SOP SEKTOR MAKANAN

– Pasar harian dibuka jam 6 pagi – 2 petang

– Pasar borong dibuka antara 4 pagi – 2 petang

– Pasar tani – 6 pagi – 12 tengah hari

– Pasar malam – 4 petang – 10 malam

– Operasi pasar tani dan pasar malam perlu patuhi SOP ketat dengan anggota RELA.

– Operasi Stesen Minyak di antara 6 pagi hingga 10 malam (kecuali di lebuh raya dibenarkan beroperasi 24 jam)

– Pengangkutan awam seperti bas henti-henti, bas ekspres, LRT, teksi/ e-hailing dibenarkan beroperasi.

– Perkhidmatan teksi/ e-hailing, (maksimum 2 penumpang) dan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam.

– Kenderaan bawa pekerja, boleh bawa penumpang seperti ditetapkan sebelum ini.

PERUBATAN DAN KESIHATAN

– Waktu operasi klinik, hospital Kerajaan dan swasta dibenarkan 24 jam.

– Farmasi dan kedai ubat-ubatan mulai 8 pagi – 11 malam.

SEKTOR EKONOMI DAN INDUSTRI

– Aktiviti ekonomi dan industri di kawasan PKPB berjalan seperti ditetapkan dengan SOP

– Semua kenderaan berkaitan industri, perniagaan, perkilangan yang dibenarkan boleh beroperasi seperti biasa termasuk merentas daerah dan negeri.

PERIKANAN, PERLADANGAN DAN PERTANIAN

– Sektor perikanan, perladangan, pertanian, penternakan dan semua yang berkaitan dengan rantaian makanan dibenarkan beroperasi.

PELABUHAN DAN LAPANGAN TERBANG

– Aktiviti dan perkhidmatan semua lapangan terbang dan pelabuhan dibenarkan beroperasi.

AKTIVITI KEAGAMAAN

– Mesyuarat bersetuju cadangkan masjid membenarkan azan dan mendirikan solat lima waktu dengan kehadiran 6 Jemaah ditentukan jawatankuasa masjid termasuk Imam.

– Pengurusan dan petugas semua rumah ibadat bukan Islam dibenarkan seramai 6 orang sahaja.

– Cadangan ini akan dibawa kepada JAKIM dan Pihak Berkuasa Agama Negeri Selangor untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor untuk diperkenankan.

– Keputusan lanjut akan diumumkan JAKIM dan Pihak Berkuasa Agama Negeri Selangor dalam masa terdekat.

AKTIVITI RIADAH, REKREASI DAN BUDAYA

– Semua aktiviti riadah, rekreasi dan budaya adalah tidak dibenarkan. Aktiviti hiburan termasuk kelab malam atau pub, pusat rekreasi, taman tema, indoor playground dan panggung wayang tidak dibenarkan.

AKTIVITI SUKAN

– Aktiviti sukan secara individu, e-sports, sukan yang tidak bersentuhan dan sukan outdoor tidak melebihi 10 orang adalah DIBENARKAN.

– Aktiviti kolam renang, bersentuhan fizikal, sukan bertempur dan penganjuran sukan/kejohanan TIDAK DIBENARKAN.

– Acara dan pertandingan sukan dengan kehadiran penonton, dan acara dan pertandingan sukan yang melibatkan peserta dari luar negeri TIDAK DIBENARKAN.

– Bagi program latihan berpusat yang sedang dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri-negeri boleh diteruskan secara Quarantine Based Approach seperti yang dilaksanakan di Kompleks Majlis Sukan Negara Bukit Jalil dan Keramat, Akademi Badminton Malaysia Bukit Kiara dan Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kg Pandan.

PENDIDIKAN

– Institut Pengajian Tinggi Awam & Swasta, Institut Latihan Kemahiran, sekolah, tadika, taska, pusat tahfiz dan pusat jagaan kanak–kanak ditutup dalam tempoh ini.

– Bagi pelajar sekolah, IPTA, IPTS yang mengambil peperiksaan dengan institusi pengajian luar negara, dibenarkan hadir menduduki peperiksaan sahaja dan bukan untuk sesi pembelajaran.

SEMINAR / BENGKEL / PERSIDANGAN

– Seminar / Bengkel / Kursus / Latihan / Persidangan / Ceramah dan aktiviti berkaitan dengan Meeting, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE) tidak dibenarkan. Latihan dalam perkhidmatan yang sedang berjalan boleh dilaksanakan hanya dalam kawasan latihan sahaja.

MESYUARAT

– Mesyuarat perlu diadakan secara sidang video, manakala mesyuarat secara bersemuka tidak digalakkan.

PENGANJURAN MAJLIS KERAMAIAN

– Majlis rasmi dan tidak rasmi kerajaan serta swasta, majlis sosial seperti kenduri-kendara, majlis perkahwinan dan pertunangan, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion dan lain-lain majlis sosial adalah tidak dibenarkan.

PELANCONGAN

– Semua aktiviti pelancongan ke luar kawasan PKPB dan ke dalam kawasan PKPB adalah tidak dibenarkan

Sumber : BH

Tags: , , , , ,

Category: INFORMASI, KELUARGA, KESIHATAN, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *