“Sentiasa Amalkan Norma Baharu..” Ini 4 Perkara Yang Anda Perlu Buat Selepas Terima Suntikan Vaksin

| February 23, 2021 | 0 Comments

“Sentiasa Amalkan Norma Baharu..” Ini 4 Perkara Yang Anda Perlu Buat Selepas Terima Suntikan Vaksin | Pada dua hari yang lepas, vaksin bagi wabak Covid-19 telah selamat tiba di Malaysia. Ketibaan bagi fasa yang pertama ini didahulukan bagi petugas barisan hadapan dan diikuti oleh warga emas serta penduduk berumur 18 tahun ke atas. Kepentingan vaksin aksin yang akan diberikan kepada orang ramai adalah bagi mengawal penularan virus Covid 19.

Berikut merupakan 4 perkara yang perlu anda lakukan selepas menerima suntikan vaksin Covid 19 :

1.Berada di ruang pemerhatian yang telah ditetapkan sekurang-kurangnya 15 minit.

2. Memaklumkan kepada petugas kesihatan atau mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami :

  • Kesukaran bernafas
  • Pembengkakan muka, bibir dan tekak
  • Denyutan jantung yang sangat cepat
  • Ruam teruk timbul di seluruh badan
  • Merasa pening dan lemah tubuh badan

3. Sentiasa mengamalkan norma baharu dan mengikuti langkah pencegahan penyakit Covid-19.

4. Simpan Kad Vaksinasi yang diberi oleh anggota kesihatan. Apabila anda mendapat dos pertama, anda akan diberikan kad vaksinasi untuk menunjukkan bila anda perlu mendapatkan dos kedua Vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech.

"Sentiasa Amalkan Norma Baharu.." Ini 4 Perkara Yang Anda Perlu Buat Selepas Terima Suntikan Vaksin

Sumber : Majlis Keselamatan Negara

Tags: , , , , ,

Category: INFORMASI, KESIHATAN, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *