Sentuh Bab Solat Polis Dan Tentera. Asri Janggut Tampil Mohon Maaf.

| August 11, 2020 | 0 Comments

Sentuh Bab Solat Polis Dan Tentera. Asri Janggut Tampil Mohon Maaf. | Nama Asri Janggut hangat diperkatan selepas dia membuat dakwaan pihak berkuasa tidak melakukan pemantauan terhadap kegiatan perjudian dan penjualan rokok seludup di kawasan Sungai Buloh, Selangor.

Asri Janggut

Malah, isu itu turut mendapat perhatian Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador sehingga membawa kepada pertemuannya dengan pemilik rangkaian Hot Burger Malaysia itu di Bukit Aman, Kuala Lumpur pada Isnin.

Di media sosial, rata-rata netizen mengangkat Asri atau nama sebenarnya Mohd Asri Hamid sebagai hero kerana berani membongkarkan aktiviti yang melanggar undang-undang di negara ini.

Namun pada Selasa, dia mula dihentam netizen selepas tular pula satu video yang mempertikaikan tentang ibadat golongan yang bekerja sebagai polis dan tentera.

“Kebanyakan yang masuk jadi polis, jadi tentera ini tidak jaga solat. Kebanyakan memang tak jaga solat.

“Terlalu mudah, cair, cepat. Hisap rokok, tak jaga sembahyang. Cuba tanya anggota polis, subuh sembahyang tak?

“Bila last sembahyang Subuh bawa isteri (berjemaah)?

“Pernah tak tanya anak apa itu syahadah,” katanya dalam video itu.

Menurut netizen, kenyataan serkap jarang itu membawa persepsi negatif terhadap anggota badan beruniform khususnya melibatkan hal ibadah mereka.

Malah kata netizen, ibadah solat merupakan urusan peribadi seseorang individu dengan Allah dan ia tidak patut dikaitkan dengan anggota polis dan tentera sahaja.

“Yang tak jadi polis dan tentera pun ramai yang tak jaga solat… Jangan mahu salahkan pasukan keselamatan.

“Sampai ke solat anggota polis dan askar pun sempat dia buat statistik ya? Hebat ustaz ni.

“Dari hero ke zero… terlajak perahu boleh diundur. Adakah kita memiliki sifat Allah Maha Mengetahui segalanya?

“Pakcik aku polis dan sangat menjaga solat dia. Plus, memang sembahyang berjemaah dengan famili dia,” tulis netizen.

Dalam pada itu, Asri pada awal pagi Rabu memuatnaik kenyataan maaf atas keterlanjuran kata-kata itu menerusi laman Facebook Hot Burger Malaysia.

“Bismillah. Assalamualaikum semua, berkenaan tentang solat, saya akui kelemahan, keterlanjuran, kejahilan saya.

“Saya berasa amat-amat menyesal, malu, bersalah atas perkara tersebut.

“Saya ingin memohon jutaan maaf atas kejahilan saya,” ujarnya.

Bismillah.. assalammualaikum semua,berkenaan tentang solat,saya akui kelemahan,keterlanjuran,kejahilan saya saya merasa…

Posted by Hot Burger Malaysia on Tuesday, August 11, 2020

Tags: , , , , ,

Category: AGAMA, BMF, INFORMASI, KELUARGA, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *