Seorang Anggota Polis Maut Dalam Kemalangan Ketika Mengejar Penjenayah.

| October 31, 2020 | 0 Comments

Seorang Anggota Polis Maut Dalam Kemalangan Ketika Mengejar Penjenayah. | Johor Bahru : Seorang anggota polis maut manakala rakan setugas cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Kangkar Tebrau, Kampung Kangkar Tebrau, di sini pada 6.24 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Saiful Bahri Safar berkata kenderaan kereta peronda MPV yang dinaiki dua anggota polis berlanggar dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Perodua Aruz sehingga menyebabkan kereta polis terbalik.

Katanya sebaik menerima panggilan kecemasan, tujuh anggota bersama dua jentera digegaskan ke lokasi kejadian.

“Kemalangan berkenaan membabitkan sebuah kenderaan peronda MPV Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan sebuah kenderaan awam jenis Perodua Aruz.

“Akibat kemalangan itu, penumpang kenderaan peronda MPV PDRM maut di lokasi kejadian, manakala pemandunya cedera.

“Turut cedera, dua lelaki iaitu pemandu dan penumpang kenderaan Perodua Aruz,”katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Saiful Bahri, anggota polis yang maut kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Ismail.

Kemalangan maut membabitkan anggota polis di Jalan Kangkar Tebrau, Kampung Kangkar Tebrau, awal pagi tadi, dipercayai berlaku semasa mengejar penjenayah.

Difahamkan dalam kejadian jam 6.24 pagi itu, MPV dipandu anggota polis berkenaan mengejar dua suspek yang menaiki Perodua Myvi.

Ketika di lokasi kejadian, MPV terbabit dipercayai bergesel dengan kenderaan suspek sebelum bertembung dengan Perodua Aruz dinaiki orang awam.

Ia menyebabkan MPV terbabit terbalik dan mengakibatkan seorang anggota polis maut di lokasi kejadian, manakala rakan setugas mengalami kecederaan parah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Penolong Kanan Penguasa Bomba Saiful Bahri Safar berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan, tujuh anggota dan dua jentera bergegas ke lokasi kejadian.

Turut cedera, dua lelaki iaitu pemandu dan penumpang kenderaan Perodua Aruz.

Mayat anggota polis dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat.

Sumber : Metro

Tags: , , , , , , , ,

Category: INFORMASI, JENAYAH, KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *