Seorang Bayi Lelaki Cedera Dikepala Didera Pengasuh.

| March 27, 2021 | 0 Comments

Seorang Bayi Lelaki Cedera Dikepala Didera Pengasuh. |Setiap hari pasti kita dihidangkan dengan berita atau informasi dengan bayi didera pengasuh, meninggal dunia ketika di rumah pengasuh. Namun, jangan sesekali menyamakan semua pengasuh, sebab hanya segelintir pengasuh sahaja yang kejam. Ada pengasuh yang jaga seperti anak mereka sendiri.

Dilaporkan dalam satu akhbar tempatan,Seorang bayi lelaki berusia enam bulan mengalami kecederaan di bahagian kepala dipercayai didera oleh pengasuh warganegara Thailand di Jalan Permas 8/12, Bandar Baru Permas Jaya, di sini 14 Mac lalu.

Bapa mangsa, Stanley Seah Yao Chuen, 22, berkata, anaknya yang mempunyai kesan lebam di keseluruhan badannya kini sedang dirawat di sebuah hospital swasta di sini.

Yao Chuen berkata, dua hari sebelum kejadian, dia telah pergi ke rumah pengasuh kira-kira pukul 3 petang untuk menghantar bekalan susu kepada anaknya, Christopher Seah Yi Kai yang dijaga oleh seorang wanita Thailand bernama Pornpim Trinimitr.

“Semasa berjumpa dengan anak saya, saya dapati dia dalam keadaan baik dan hanya terdapat kesan cakar di muka dan lebam di belakang badan serta perutnya.

“Pada 14 Mac lalu Kira-kira pukul 4 petang, isteri saya, Aurawee Langthip telah pergi untuk melihat keadaan anak saya dan mendapati terdapat kesan lebam di dahi sebelah kanan dan dalam keadaan tidak bermaya.

“Kami segera membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam laporan polis yang dibuatnya.

Bapa mangsa itu berkata, dia telah berjumpa dengan doktor pakar dan dimaklumkan keadaan anak lelakinya dalam keadaan kritikal.

Katanya, pemeriksaan yang dibuat pihak hospital mendapati terdapat kesan darah beku di bahagian belakang kepala mangsa.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.

Susulan itu, pengasuh yang merupakan wanita Thailand berusia 29 tahun telah ditangkap pada 14 Mac lalu bagi siasatan lanjut.

Kes disiasat dibawah Sek 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *