Seorang Gelandangan Cedera Parah Diserang Anjing Liar | Seorang gelandangan cedera parah di bahagian kaki dipercayai digigit anjing liar dalam kejadian di Pekan Gemas, malam kelmarin.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata, pihaknya menerima aduan daripada kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyatakan terdapat seorang lelaki yang digigit anjing.

Menurutnya, sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa dipercayai dalam keadaan mabuk serta terdapat kesan gigitan anjing di bahagian kaki.

“Anggota kemudian memberikan rawatan awal kepada mangsa dan menghantar mangsa ke Klinik Kesihatan Gemas bagi rawatan lanjut,” katanya hari ini.

Difahamkan, sejak lebih tiga hari lalu, banyak orang awam dikejar serta nyaris digigit seekor anjing liar yang dipercayai baharu sahaja melahirkan anak.

Rata-ratanya memohon tindakan segera pihak bertanggungjawab bagi mengelak kejadian buruk berlaku.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply