Perjalanan seorang guru lelaki untuk mengajar di sebuah sekolah menengah di sini berakhir tragedi apabila dia maut dalam nahas di hadapan Klinik Kesihatan Seri Tanjung, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, mangsa, Goh Mun Hock, 59, yang merupakan guru di Sekolah Menengah Seri Tanjung disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ketika kemalangan mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Myvi dalam perjalanan dari arah Bandar Melaka ke sekolah berkenaan.
“Sampai di lokasi, tiba-tiba kereta dipandu mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas ke arah kiri jalan dan merempuh tembok Klinik Kesihatan Seri Tanjung.
“Akibat nahas itu, mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, siasatan pegawai penyiasat di lokasi mendapati nahas berlaku di kawasan dua lorong dan cuaca dalam keadaan baik.
“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka bagi proses bedah siasat untuk mengetahui punca kematian.
“Setakat ini tiada saksi tampil memberi keterangan dan siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,”
Sumber : Kosmo
ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA
Pelajar [email protected] Digilis Treler Ketika Pulang Dari Sekolah
Seorang murid perempuan berusia sembilan tahun maut akibat digilis treler ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah di Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Morni Mamat berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada 11.25 pagi.
Beliau berkata kemalangan tersebut melibatkan sebuah treler yang melanggar motosikal dinaiki mangsa bersama seorang wanita berumur 54 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun.
Wanita yang juga pengasuh kepada kedua-dua kanak-kanak tersebut mengambil mereka dari sekolah dan dalam perjalanan pulang.
Beliau berkata ketika dihubungi Bernama hari ini bahawa pengasuh dan kanak-kanak lelaki tersebut masing-masing cedera ringan, manakala kanak-kanak perempuan maut di lokasi kejadian.
Morni berkata mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, manakala wanita dan kanak-kanak lelaki itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut.
Sumber: KMN