Seorang pekerja kuari dilaporkan hilang, manakala seorang parah selepas tertimbus runtuhan kuari batu kapur dalam di sebuah kawasan kuari di Karamat Pulai, Simpang Pulai, di sini, hari ini.

Seorang Hilang Akibat Kuari Runtuh

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata insiden membabitkan empat mangsa dengan dua daripada mereka berjaya menyelamatkan diri.

Katanya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai digegaskan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan jam 9.40 pagi tadi.

Jelasnya lagi, maklumat yang diterima dari pihak pengurus mengatakan terdapat runtuhan batu membabitkan empat mangsa, di mana dua mangsa dapat menyelamatkan diri, seorang cedera parah dan seorang mangsa hilang.

Ujarnya dalam satu kenyataan, komander operasi, memohon bantuan dari unit STORM (Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia) untuk hadir membantu pencarian mangsa tertimbus berkenaan.

Setakat jam 12.15 tengahari, operasi mencari mangsa masih diteruskan.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply