Seorang imam yang dalam perjalanan pulang dari masjid maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah lori di Kilometer 158 Jalan Kuantan-Johor Bahru di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Azahari Mukhtar berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu mangsa, Mohd. Sam Awang, 71, dalam perjalanan dari Masjid Tanjung Gemok ke rumahnya di Tanjung Pahang di sini.
โApabila sampai di tempat kejadian sebuah lori yang sedang bergerak lurus telah melanggar motosikal jenis Yamaha Nouvo LC ditunggang mangsa yang melintas jalan dari simpang Sarang Tiong ke simpang Tanjung Pahang.
โAkibat kejadian penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,โ katanya di sini hari ini.
Menurutnya mayat mangsa dihantar ke Hospital Rompin untuk bedah siasat.
Dalam pada itu beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan giat dilakukan.
Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati lokasi kejadian adalah jalan lurus dan rata serta semasa kejadian cuaca adalah baik.
Sumber : Kosmo
ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA
Wanita Meningg4l Dunia Ketika Baca Al-Quran Dalam Masjid
JAKARTA โ Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi seorang wanita meninggal dunia di masjid ketika membaca al-Quran, lapor laman berita Tribunnews hari ini.
Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @ndorobei.official. Kejadian itu berlaku di Masjid Majlis Taklim (MT) Nurunnisa Babussalam di Bandung, Jawa Barat pada 9 April lalu.
Wanita berbaju putih itu pada awalnya mengetuai sesi bacaan al-Quran bersama-sama beberapa jemaah lain.
Dia secara tiba-tiba berhenti membaca dan menundukkan kepalanya dalam keadaan lemah. Tidak lama kemudian, wanita itu jatuh terlentang dan tidak sedarkan diri.
Jemaah wanita lain kemudian membantu wanita itu beristighfar dan mengucap dua kalimah syahadah.
Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
View this post on Instagram
โYa Allah, indahnya kematian dengan berakhirnya lafaz ayat-ayat suci Khaliq. Semoga Husnul Khatimah.
โIni yang buat saya cemburuโฆ sebab tak semua orang boleh jadi macam dia di akhir hayatโฆ insyaAllah Husnul Khatimah.
โKematian yang sangat indah, syurga buat puan, Husnul khatimah,โ komen seorang netizen.
Sumber: KMN