Seorang Jururawat Dan Pemandu Kenderaan Maut Dalam Kemalangan.

| December 6, 2020 | 0 Comments

Seorang Jururawat Dan Pemandu Kenderaan Maut Dalam Kemalangan. | PEKAN – Seorang jururawat dan pemandu kenderaan Kementerian Kesihatan (KKM) maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori tangki di Jalan Pekan-Nenasi di sini, pagi tadi.

Dalam kemalangan itu, dua lagi penumpang kenderaan Toyota Hilux dilaporkan cedera manakala pemandu lori dan kelindannya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, bomba menerima laporan berhubung kejadian pada jam 10.12 pagi.

Menurutnya, tujuh anggota termasuk seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nenasi bersama sebuah jentera pemadam (FRT), ambulan EMRS dan sebuah kenderaan Utiliti ke lokasi untuk operasi menyelamat.

“Kemalangan melibatkan tiga kenderaan, sebuah lori tangki, kenderaan pacuan empat roda dan sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

“Terdapat mangsa lelaki dan seorang wanita disahkan meninggal dunia manakala dua yang lain cedera,” katanya.

Anuar berkata, pasukan EMRS bertindak memberikan bantuan rawatan kepada mangsa yang cedera sebelum dihantar ke Pusat Kesihatan Nenasi untuk rawatan lanjut manakala dua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis.

Sumber : BH

Tags: , , , , , , ,

Category: INFORMASI, KEMALANGAN, KESIHATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *