SUNGAI BESAR: Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menanggung kesakitan kira-kira 20 minit apabila punggungnya cedera tercucuk pada besi pagar di kediaman keluarganya di Taman Seri, di sini, petang kelmarin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata berdasarkan laporan awal, punggung kanak-kanak itu dipercayai tercucuk sedalam kira-kira 0.15 meter.

Katanya, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.25 petang sebelum sepasukan 10 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar dikejarkan ke tempat kejadian.

“Kejadian disedari jiran kerana ibu mangsa tiada di rumah ketika itu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, malam ini.

Wan Md Razali berkata, anggota JBPM mengambil masa kira-kira 20 minit untuk menyelamatkan mangsa yang berusia 12 tahun itu.

Katanya, kanak-kanak malang itu kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam di sini, dengan ambulans untuk rawatan lanjut.

Kanak-kanak berkenaan dipercayai sering bermain di atas pagar berkenaan sebelum ini.

Sumber : BH

 

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Remaja 13 Tahun Kerja Sambilan Pandu Lori Ditahan Polis

SHAH ALAM – Tindakan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun bekerja sambilan dengan memandu lori mengundang padah apabila ditahan pihak berkuasa di Persiaran Mokhtar Dahari di sini, semalam.

Penahanan pelajar sekolah itu dilakukan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor yang mengesan lori jenis ‘Roll On Roll Off’ (Roro) dalam keadaan mencurigakan, kira-kira pukul 12.20 tengah hari.

Pengarah JPJ negeri, Datuk Khairul Khar Yahya berkata, pemeriksaan lanjut pihaknya kemudian mendapati lori tanpa muatan itu dinaiki dua remaja lelaki yang juga adik-beradik.

“Siasatan awal mendapati remaja itu melakukan kerja secara sambilan memandu lori milik syarikat keluarganya. Reamaja tersebut bersama abangnya berusia 15 tahun yang merupakan kelindan.

“Selain memandu dibawah umur, kita mengesan pelbagai kesalahan lain antaranya Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, cermin gelap, memasang lampu mata arah (strobe light) dan tiada tanda had laju,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas Khairul Khar, pihaknya menyita lori itu mengikut Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan dibawa ke Stesen Penguatkuasa Ijok bagi tindakan lanjut.

“Memandu di bawah umur juga boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 39 akta sama,” ujarnya.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply