Seorang Kanak-kanak perempuan [email protected] dlm kemalangan. | SUNGAI BULOH – Kanak-kanak perempuan antara dua individu maut, manakala enam orang pula cedera dalam insiden kemalangan jalan raya di Kilometer 452, Lebuh Raya Utara-Selatan, arah selatan, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan insiden tersebut sekitar pukul 2.29 pagi dan sampai ke lokasi 26 minit kemudian.

Katanya, susulan laporan itu, seramai 14 anggota bergegas ke lokasi kejadian bersama dua jentera dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Rawang dan BBP Sungai Buloh.

“Laporan awal mendapati, kemalangan tersebut melibatkan dua kenderaan antara kereta Proton Wira dan Toyota Vios.

“Insiden tersebut menyebabkan lapan mangsa terlibat dan mendapati dua disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM), dua parah dan empat lagi cedera ringan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, kesemua mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba sampai ke lokasi kejadian.

Mengulas lanjut mengenai keadaan mangsa, Norazam memaklumkan kesemua mereka yang cedera dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh.

“Dua mangsa yang meninggal dunia adalah lelaki dewasa dan kanak-kanak perempuan, mangsa yang cedera pula dua wanita dewasa.

“Diikuti dengan jumlah yang cedera ringan pula seramai empat orang,” jelasnya.

Sumber : Kosmo

 

 

 

ARTIKEL LAIN UNTUK DIBACA

PRU15: Annuar dakwa formula BN gerak solo demi bantu PH, Anwar

SHAH ALAM – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mendakwa pucuk pimpinan BN sudah merancang formula bergerak solo dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) demi merealisasikan impian Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Sedangkan menurutnya, rakyat terus dimomokkan dengan naratif ‘No Anwar No DAP’ yang digerakkan oleh kumpulan penulis naratif sekali gus menenggelamkan strategi pasti menang gabungan BN dan Perikatan Nasional (PN).

“Formula bergerak solo adalah formula dicipta oleh pucuk pimpinan untuk menjayakan satu grand design yang terselindung daripada ahli parti.

“Ahli parti masih lagi dengan ‘No Anwar No DAP’ sedangkan pimpinan sudah ada agenda lain yang sudah ‘meletop’ hari ini (rundingan bersama Pakatan Harapan).

“Naratif yang diwujudkan adalah untuk meninggalkan strategi pasti menang kerana agenda peribadi nak buat ‘going solo’ maksudnya ke arah membantu PH dan Anwar.

“Formula itu adalah formula yang gagal dan akhirnya menjadi bencana,” katanya dalam wawancara eksklusif ‘Apa Muslihat Zahid Hamidi’ disiarkan sebuah portal pada Isnin.

Annuar turut mendakwa, gerakan itu juga telah mencipta naratif bahawa Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mahu membunuh UMNO.

“Bersatu dan Pas nak membunuh UMNO juga satu naratif yang direka untuk menghalalkan strategi solo,” katanya.

Dakwanya, perkara itu telah dipersetujui oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin termasuk memberi laluan kerusi lebih banyak kepada UMNO.

“Kalau kata Pas atau Bersatu nak bunuh UMNO, saya masih ingat Muhyiddin kata mereka parti kecil jadi biarlah UMNO ambil kerusi paling banyak.

“Waktu berunding kita (UMNO) sasar 80 kerusi, nak beri Bersatu sehingga 40 kerusi dan Pas 30 kerusi. Jika formula ini dibuat, memang akan menang dua per tiga,” katanya.

Share.

Leave A Reply