Seorang Kontraktor Maut Tercampak Keluar Daripada Kenderaannya. | HULU TERENGGANU : Seorang kontraktor maut setelah kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbabas di Kilometer 385.4 Lebuhraya Pantai Timur 2, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.15 pagi, mangsa, Mohd. Hafiz Mat Bedin, 33, dari Kampung Jati, Gong Badak, Kuala Nerus dekat sini mengalami kecederaan pada tangan, kaki dan kepala selepas tercampak keluar dari kenderaan tersebut.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitenden Mohd. Adli Mat Daud berkata, kejadian berlaku sewaktu mangsa dalam perjalanan dari rumah menuju ke Kemaman atas urusan kerja.

“Sekitar pukul 8.30 pagi mangsa memandu sendirian dari rumahnya sebelum kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton dipandunya hilang kawalan dan terbabas hingga melanggar besi penghadang jalan di sebelah kiri.

“Mangsa kemudian tercampak keluar dari kenderaan hingga mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala, kedua belah tangan dan kaki,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tambah Mohd. Adli, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan dan mayat mangsa di hantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan selanjutnya.

Katanya lagi, kes disiasar di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SUmber : UM

Share.

Leave A Reply