Seorang Lelaki Cedera Ditetak Rakan Kerana Dendam.

| December 27, 2020 | 0 Comments

Seorang Lelaki Cedera Ditetak Rakan Kerana Dendam. | Gua Musang: Seorang lelaki cedera ditetak dipercayai menggunakan parang di rumahnya di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 1, dekat sini, semalam.

Penganggur berusia 30 tahun itu diserang seorang lelaki yang dikenalinya jam 1.30 tengah hari dipercayai akibat dendam.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Sik Choon Foo berkata, mangsa didatangi lelaki dikenalinya berusia 35 tahun dan terus menetaknya dipercayai menggunakan senjata tajam.

Katanya, mangsa cedera di tengah kepala, luka ringan di kaki serta luka sepanjang lima sentimeter di belakang badan.

“Mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Chiku 3 untuk rawatan selanjutnya dan keadaannya stabil,” katanya.

Sik berkata, suspek yang menetak mangsa berjaya ditahan di rumahnya di Pondok Hidayah 1, Kampung Chawah, Tanah Merah, Kelantan.

Katanya, sebilah parang ditemui bersama suspek yang dipercayai digunakan dalam kejadian terbabit dan siasatan lanjut sedang dijalankan

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sumber : Metro

Tags: , , , , , , , ,

Category: INFORMASI, JENAYAH, KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *