Pemuda dikejarkan ke hospital selepas kereta dipandunya terbabas sebelum terbalik di hadapan sebuah kedai dekat Kampung Wakaf Beruas, Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang, di sini, malam tadi.
Kejadian jam 11.20 malam itu mencemaskan beberapa pelanggan dan pekerja yang berada di dalam kedai berkenaan.
Pemandu, Muhammad Firdaus Mohd Shihabuddin, 26, cedera ringan dan dibawa ke hospital selepas mengadu sakit dada.
Pekerja, Muhammad Hafizol Naim Dilas, 26, berkata ketika kejadian, dia sedang mencuci pinggan mangkuk sebelum terdengar bunyi dentuman kuat di hadapan kedai.
“Terkejut bunyi dentuman itu saya kemudian mmenoleh ke luar jalan sebelum mendapati sebuah kereta terbalik berhampiran kedai.
“Saya kemudian terus berlari keluar dan menyelamatkan pemandu dengan menariknya keluar daripada tempat duduk pemandu dan membawanya masuk berehat di dalam kedai.
“Pemandu hanya cedera ringan tetapi saya menghubungi ambulans kerana dia mendakwa sakit dada,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Hafizol berkata, kereta terbabit dikatakan terbabas dan melanggar beberapa kereta pelanggan yang diletakkan di hadapan kedai sebelum terbalik.
Katanya, dia percaya sekiranya tiada kenderaan di hadapan kedai, berkemungkinan besar ia terbabas sehingga ke dalam kedai.
Sementara itu, bapa remaja terbabit, Mohd Shihabuddin Deraman, 54, ketika ditemui berkata, Muhammad Firdaus, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Gelugor, di sini, selepas bermain futsal.
Katanya, dia menerima berita kemalangan anaknya itu selepas dihubungi seseorang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
“Mungkin dia mengantuk. Syukur kerana dia hanya cedera ringan dan dibawa ke hospital selepas mengadu sakit dada. Harap dia tidak mengalami kecederaan dalaman,” katanya.
Sumber : BH
ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA
Sempat Rasa Kereta Baharu 2 Jam Slps Tunggu 8 Bulan.
PETALING JAYA – Dugaan menimpa sebuah keluarga apabila hanya sempat merasai kegembiraan menaiki kereta Perodua Alza baharu kira-kira dua jam, sebelum berdepan kemalangan didakwa dilanggar kereta lain.
Kisah sedih itu dimuat naik seorang pemilik Facebook dikenali sebagai Ea Sya yang berkongsi gambar keadaan kereta Perodua Alzanya selepas dilanggar kenderaan lain pada ‘group’ Perodua Alza D27A Malaysia.
“Pada 13 Mei 2023, malang tak berbau. Kegembiraan kami membawa duka dan tragis untuk keluarga kami. Kereta baru ambil dari Kuala Lumpur balik dalam perjalanan ke Johor Bharu, dua jam memandu sudah kena langgar dari belakang.
“Hanya Allah sahaja tahu rasa terkilan kami. Tunggu Alza lapan bulan, pakai dua jam sudah kena langgar. Doakan kami sekeluarga kuat,” katanya menerusi perkongsian tersebut.
Berdasarkan gambar yang dikongsikan, keadaan kereta warna hitam itu sangat teruk di bahagian belakang dan depan selain cerminnya pecah.
Perkongsian itu mendapat maklum balas simpati daripada orang ramai yang bersedih atas ujian dihadapi wanita tersebut.
“Allahuakbar, berat ujian. Nampak macam ‘total lost’. Semoga dipermudahkan urusan anda sekeluarga,” komen Misbah Movic.
“Semoga bertabah ujian dengan ujian ini puan sekeluarga. Insya-Allah ada rezeki lebih baik,” kata Asyraf Samsudin.
Dalam pada itu, ada pengguna Rayyah Rich Trading memaklumkan, wanita itu boleh mendapatkan kereta baharu ekoran kejadian tersebut.
“Insya-Allah untuk awak, insurans akan ganti kesemuanya, jadi awak boleh ambil kereta baharu. Kena tunggu giliran, tunggu siasatan. Makan masa juga tu.
“Tapi saya rasa pemilik kereta akan ambil kereta lain selepas trauma dengan kejadian ni. Saya cuma bantu bagi semangat yang pemilik kereta akan terima pampasan, itu sahaja,” katanya.
Sumber : KMN