KOTA KINABALU: Wanita maut dipercayai dibunuh bekas tunangnya di sebuah premis dalam pusat beli-belah di Jalan Haji Saman, di sini, tengah hari tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa berusia 22 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai ditemui terlentang atas lantai dengan beberapa kesan tikaman pada badan.
Suspek berusia 33 tahun yang masih berada di kedai berkenaan berjaya ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu yang bergegas ke lokasi seleps menerima laporan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris, berkata anggota polis yang tiba di lokasi mendapati mangsa masih bernafas ketika itu dalam keadaan berlumuran darah.
“Pegawai perubatan segera memberi bantuan pernafasan, namun mangsa kemudian disahkan meninggal dunia dan pemeriksaan awal mendapati beberapa kesan tikaman pada tubuhnya.
“Polis menahan seorang lelaki yang juga bekas tunang mangsa untuk siasatan lanjut dan merampas sebilah pisau, dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu,” katanya ketika ditemui di lokasi.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth di sini untuk bedah siasat dan polis masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, termasuk bagi mengenal pasti motif kejadian berkenaan.
Sumber : BH
ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA
Seorang Buruh Kilang Tik4m M4ti Rakan Sekerja Jalin Hubungan Dgn Isteri
SUNGAI PETANI – Berang kerana cemburu selepas mengetahui rakan sebelah bilik menjalin hubungan dengan isterinya, seorang buruh kilang menikam mati rakan sekerjanya dalam satu kejadian di sebuah kilang kayu di Bakar Arang dekat sini tengah hari semalam.
Kejadian berlaku di pekarangan asrama pekerja pada pukul 1.30 tengah hari membabitkan suspek berumur 35 tahun dan mangsa 34 tahun warga negara Myanmar yang tinggal bersebelahan bilik di dalam kawasan kilang berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda,Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, mangsa maut selepas alami kecederaan parah di bahagian kiri perutnya akibat ditikam dengan sebilah pisau dalam kejadian itu.
“Saksi kejadian iaitu isteri mangsa juga merupakan warga Myanmar berkata, dia terkejut apabila melihat suaminya memasuki bilik asrama mereka dalam keadaan berlumuran darah dan luka dibahagian kiri perutnya tengah hari semalam.
Kata Zaidy, suspek tinggal berseorangan di bilik berkenaan kerana isterinya bekerja di luar daerah dan dia dikatakan sering bertengkar dengan mangsa sebelum ini kerana tidak berpuas hati berikutan mangsa selalu memuji kecantikan isterinya setiap kali mereka bertemu.
Kata Zaidy, selepas menerima maklumat kejadian pihaknya melakukan siasatan dan berjaya menahan suspek yang bersembunyi di kawasan kilang itu empat jam kemudian.
“Suspek mengaku menikam mangsa dan menunjukkan sebilah pisau berhulu hitam berukuran 29 sentimeter (cm) yang digunakan dalam kejadian itu.
“Mayat mangsa dihantar untuk proses saringan Covid-19 dan bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) manakala suspek kini direman selama enam hari bermula hari ini hingga Jumaat depan bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Sumber : KMN