Seorang Lelaki Dipukul Orang Awam Lepas Meragut Rantai Emas.

| January 11, 2021 | 0 Comments

Seorang Lelaki Dipukul Orang Awam Lepas Meragut Rantai Emas. | Kuala Lumpur: Tindakan seorang penjenayah meragut rantai emas seorang lelaki di Jalan Tun Sambanthan, di sini, mengundang padah apabila dia cedera selepas dipukul orang awam yang menahannya, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, kejadian itu berlaku kira-kira 10 malam.

“Ketika kejadian, mangsa bersama orang awam bertindak mengejar suspek berusia 32 tahun itu sebelum berjaya menahannya.

“Suspek didapati mengalami kecederaan semasa tangkapan dilakukan oleh orang awam sebelum dia diserahkan kepada pihak polis,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Anuar berkata, mangsa mengalami kerugian seutas rantai leher emas yang dianggarkan bernilai RM3,800 dalam kejadian itu.

“Semakan mendapati suspek mempunyai 24 rekod membabitkan pelbagai kes jenayah dan dadah.

“Suspek direman selama tujuh hari sehingga 15 Januari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

“Dengan penahanan suspek ini, kami percaya dapat menyelesaikan beberapa kes ragut lain di sekitar daerah Brickfields,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan terus kekal fokus bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah boleh menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Sumber : Metro

Tags: , , , , ,

Category: INFORMASI, JENAYAH, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *