Seorang lelaki berketurunan Siam ditemukan mati di sebuah restoran di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan mayat lelaki berusia 31 tahun pada jam 7.45 malam.

“Siasatan awal mendapati lokasi kejadian adalah rumah kedai dua tingkat dan mempunyai tiga bilik tidur,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan awal ke atas tubuh badan mangsa mendapati tiada sebarang kesan kecederaan dan hanya terdapat kesan jerutan pada leher.

Ujarnya, barangan milik mangsa juga tiada yang hilang.

Mohd Rosdi memberitahu, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan Asphyxia iaitu kekurangan oksigen dalam badan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Jenazah mangsa diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

Mereka yang memerlukan sokongan boleh menghubungi befrienders.org.my/centre-in-malaysia atau hubungi talian hotline Befrienders (03-7627 2929); Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (03-2935 9935 atau 014-322 3392); Talian Kasih (15999) dan Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (03-77825499).

Sumber : SH

 

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Jatuh Dari Ketinggian 70 Meter, Pekerja Tapak Pembinaan M4ut

Johor Bahru: Seorang warga Nepal maut terjatuh dari ketinggian 70 meter di sebuah tapak pembinaan di Pasir Gudang di sini, semalam.

Jurucakap Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor berkata, kejadian membabitkan mangsa berusia 42 tahun itu berlaku pada 10.21 pagi.

Katanya, siasatan mendapati mangsa adalah pekerja sub-kontraktor yang dilantik bagi kerja membuka perancah di kawasan pembinaan itu.

“Mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, susulan itu, JKKP Johor mengeluarkan Notis Larangan Serta Merta berkaitan aktiviti kerja merombak perancah dan arahan Larangan Kacau Ganggu tempat kejadian.

Menurutnya, siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan dan pihak yang bertanggungjawab ke atas kemalangan itu.

Katanya, JKKP Johor akan mengambil tindakan perundangan ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya gagal mematuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

“Majikan mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti di tempat kerja. Majikan bertanggungjawab untuk mengenal pasti terlebih dahulu bahaya di tempat kerja, membuat penilaian risiko dan seterusnya mengadakan kawalan risiko yang berkesan sebelum pekerja bertugas,” katanya.

“Kejadian seumpama ini boleh dielakkan jika majikan melaksanakan penaksiran dan kawalan risiko yang komprehensif mengikut kaedah yang dinyatakan dalam Garis Panduan bagi Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC),” katanya.

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply