Seorang Lelaki Ditemui Mati Dalam Tandas Dengan Kesan Kelar Di Tangan | Seorang lelaki dengan kesan kelar di tangan kirinya, ditemui maut dalam tandas rumahnya di Taman Kelisa Ria, di sini, kelmarin.

kelar di tangan

Mayat lelaki berusia 58 itu ditemukan dalam keadaan terduduk dengan mukanya berada dalam mangkuk tandas.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, berkata polis menerima panggilan daripada kakitangan hospital pada jam 1.10 tengah hari tadi memaklumkan penemuan mayat terbabit.

Beliau berkata, isteri mangsa yang pada mulanya curiga selepas gagal menghubungi lelaki itu sejak jam 11 pagi hingga 12.30 tengah hari, meminta bantuan jiran untuk melihat apa yang berlaku kepada suaminya itu di rumah mereka.

“Jiran wanita kemudian pergi ke rumah mereka dan dia yang melihat pintu tidak berkunci masuk untuk melihat apa yang berlaku terhadap mangsa.

Lantai Ruang Tamu Dipenuhi Dengan Darah

“Bagaimanapun, jiran terbabit terkejut melihat keadaan lantai ruang tamu dipenuhi darah sebelum menghubungi ambulans,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zaidy berkata, pembantu perubatan yang tiba mendapati mangsa yang berlumuran darah sudah meninggal dunia dalam tandas dan memaklumkan kejadian itu kepada polis.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat pisau pemotong kertas di ruang tamu rumah berkenaan.

Kesan Kelar Di Tangan Kiri

“Mayat mangsa ditemukan berpakaian lengkap dengan kesan kelar di tangan kiri,” katanya.

Zaidy berkata, siasatan lanjut mendapati mangsa tinggal di rumah itu bersama isteri dan pasangan terbabit mempunyai seorang anak perempuan berusia 32 tahun.

“Bagaimanapun, anak perempuan mereka tidak pernah pulang dan tidak menghubungi mereka sejak keluar rumah pada 2016.

“Setakat ini, kes berkenaan diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya.

Sumber : BH

 

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Ditegur Bising, Anak Kelar Ibu 73 Tahun Guna Kapak Hingga M@ti

Ditegur Bising, Anak Kelar Ibu 73 Tahun Guna Kapak Hingga Mati | MUAR – Berang ditegur kerana membuat bising, seorang lelaki sanggup bertindak kejam memukul dan kelar ibunya sendiri menggunakan kapak serta pisau sehingga maut dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Temiang Utama, di sini malam semalam.

Dalam kejadian pada pukul 8.20 malam itu, mangsa yang berusia 73 tahun meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher serta kepala.

Mengamuk selepas ditegur

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, Kejadian berlaku dipercayai akibat tindakan mangsa menegur suspek kerana membuat bising, menyebabkan suspek mengamuk dan memukul kepala mangsa menggunakan senjata tajam

“Pihak polis menerima panggilan kira-kira pukul 8.20 malam mengenai kejadian pergaduhan keluarga menggunakan senjata tajam. Siasatan awal pihak polis mendapati mangsa warga tempatan berusia 73 tahun terbunuh di tempat kejadian.

Mempunyai rekod psikiatrik

“Mangsa dipercayai adalah ibu mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta leher. Polis turut menahan anak mangsa berusia 47 tahun di lokasi kejadian,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Raiz Mukhliz, pihaknya turut dirampas sebilah pisau dapur serta kapak yang disyaki senjata yang digunakan dalam kejadian ini dan siasatan awal mendapati suspek mempunyai rekod psikiatrik.

 

 

BACA JUGA :

Penganggur Sanggup Kelar Ibu Dan Adik Sendiri Guna Pisau Potong Daging

Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas dua pertuduhan mengelar emak dan adik kandungnya dengan pisau pemotong daging.

Tertuduh, Muhammad Hidayat Abu Samad, 24, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail.

Mengikut pertuduhan pertama, dia dituduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah kepada ibunya, Sapiah Abdul Kadir, 49, dengan menggunakan pisau pemotong daging.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan BLI, Taman Bukit Larang Indah, dekat sini, kira-kira jam 10 malam, 10 Mac lalu.

Bagi pertuduhan kedua, Muhammad Hidayat didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap adiknya, Noor Iman Dania, 11, dengan menggunakan senjata terbabit pada tarikh, masa dan di tempat sama.

Bagi kesalahan itu, dia dituduh mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A akta sama dan jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga 40 tahun dan denda atau sebat.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim yang menjalankan pendakwaan memohon kepada mahkamah supaya Muhammad Hidayat dihantar menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Permai, Tampoi, Johor.

Beliau membuat permohonan itu mengikut Seksyen 342 (3) Kanun Tatacara Jenayah bagi mendapatkan laporan psikatrik untuk menentukan keadaan mental tertuduh sewaktu melakukan perbuatan terbabit.

Mahkamah membenarkan permohonan itu dan menetapkan 19 April depan untuk sebutan semula kes.

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply