Seorang Lelaki Ditemui Mati Dibunuh Hadapan Rumah. | PARIT – Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah dipercayai dibunuh di hadapan sebuah rumah di Kampung Merua di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian melalui Balai Polis Parit pada pukul 11.15 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Menurut Barudin mangsa ditemui terbaring dengan berlumuran darah oleh penduduk kampung sebelum melaporkannya ke balai polis berdekatan.

“Bertindak atas maklumat saya dan pasukan polis bergegas ke lokasi dan didapati seorang lelaki terlentang dihadapan rumah dengan mempunyai kesan nyata luka dalam di lehar atas hadapan.

“Mangsa merupakan seorang lelaki berusia 58 tahun dan tinggal berseorangan di kediamannya serta belum berkahwin,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Mengulas lanjut Barudin berkata, berdasarkan siasatan awal, pihak polis menjangkakan kejadian berlaku di antara pukul 6.30 petang semalam sehingga mangsa ditemui orang kampung pada pukul 10.30 pagi tadi.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply