Lelaki ditemukan maut di sebuah bangsal dalam kebun durian di Jalan Felcra Kerdau, di sini selepas wang simpanannya sebanyak RM156,000 lesap diperdaya sindiket penipuan.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada 12.23 tengah hari semalam.

“Siasatan awal mendapati mangsa diperdaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai wakil syarikat kurier dan polis.

“Difahamkan mangsa mengalami kerugian dan ekoran kejadian itu, dua kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan siasatan mati mengejut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah gelabah sekiranya menerima sebarang panggilan yang menyamar sebagai pihak berkuasa atau dari mana-mana pihak.

Mohd Azhar berkata, bagi mengelak terpedaya individu terbabit perlu membuat semakan terlebih dulu dengan agensi berkaitan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa sindiket penipuan.

“Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat dan membuat pertanyaan berkaitan kesalahan jenayah komersial melalui aplikasi WhatsApp CCID Infoline di talian 013-2111222 atau menghubungi CCID scam response centre ditalian 03-26101599/03-2610 1559,” katanya.

Sumber : Harian Metro

 

ARTIKEL LAIN YANG MENARIK UNTUK DIBACA

Ibu Tunggal M4ut, Terjun Di Sebuah Hotel Dari Tingkat 12

Suasana di Taman Melaka Raya di sini gempar selepas seorang wanita maut dipercayai terjun dari tingkat 12 sebuah hotel, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, dalam kejadian pukul 10.45 pagi itu, mayat mangsa yang juga ibu tunggal berusia 55 tahun ditemui orang awam.

Katanya, semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada pihak hotel mendapati, si mati merupakan orang awam yang datang ke premis itu kira-kira pukul 10.23 pagi.

“Si mati kemudian telah naik ke tingkat 12 dan selepas lima minit, wanita itu dipercayai terjun dari koridor laluan ke bilik hotel.

“Hasil soal siasat, si mati merupakan seorang ibu tunggal telah hilang pekerjaan sebagai penjual produk kesihatan selepas negara dilanda Covid-19 dan dipercayai mempunyai masalah kewangan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Christopher, laporan diterima Balai Polis Banda Hilir pukul 10.52 pagi dan sepasukan pegawai dan anggota telah ke lokasi untuk pemeriksaan.

“Pegawai penyiasat bersama jurufoto telah ke lokasi dan pemeriksaan di tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah.

“Mayat si mati ditemui berpakaian lengkap dalam keadaan tertiarap di atas jalan dan berlumuran darah pada bahagian kepalanya,” jelasnya.

Share.

Leave A Reply