Seorang Lelaki Ditemui Tergantung Pada Dahan Pokok

| December 14, 2020 | 0 Comments

Seorang Lelaki Ditemui Tergantung Pada Dahan Pokok | Pasir Puteh – Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing ditemui dalam keadaan tergantung pada dahan sebatang pokok di dalam semak di Jalan Taman D’Bali Kampung Pak Mayong, Tok Bali di sini kelmarin.

Mayat lelaki tanpa sebarang identiti ditemui oleh tiga orang warga asing ketika mereka sedang mencari madu lebah di kawasan itu kira-kira pukul 6.30 petang.

Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh, Asisten Supritendan Amran Mat berkata, pihaknya telah dimaklumkan berhubung penemuan mayat yang berusia dalam lingkungan 40-an itu sebelum bergegas ke lokasi kejadian kira-kira pukul 8.20 pagi semalam.

Katanya, tiga lelaki terbabit yang juga awak-awak bot menemui mayat berkenaan selepas mereka terhidu bau busuk.

“Ketiga-tiga mereka terkejut selepas melihat satu objek menyerupai manusia tergantung pada dahan pokok di kawasan semak berkenaan.

“Mereka kemudian bergegas keluar dan memberitahu penduduk kampung dan pihak polis berhubung penemuan mayat itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Amran berkata, hasil pemeriksaan mendapati, mayat itu sudah reput hampir 80 peratus dan lelaki berkenaan dipercayai sudah meninggal dunia hampir seminggu lalu.

Katanya, mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Tengku Anis di sini untuk bedah siasat.

“Polis sedang menjalankan siasatan untuk mengenalpasti identiti mayat lelaki terbabit kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Sumber : Kosmo

Tags: , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *