Seorang Lelaki Gagal Merompak Sebuah Kedai Emas. | Melaka: Lelaki bersenjatakan sebatang spanar gagal merompak sebuah kedai emas di Jalan Bunga Raya, di sini, hari ini.

spanar

Cubaan suspek gagal apabila sekadar mampu memecahkan cermin pameran barang kemas di kedai itu menggunakan spanar berkenaan sebelum melarikan diri selepas perbuatannya disedari pemilik premis.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian berlaku jam 11.23 pagi dan setakat ini pihaknya masih memburu suspek dipercayai amatur dan terdesak untuk mendapatkan wang segera.

Katanya, hasil siasatan di tempat kejadian termasuk meneliti rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) kedai emas itu, suspek dilihat menunggu beberapa minit di atas motosikal di luar premis sebelum bertindak.

“Sebaik memasuki kedai suspek cuba memecahkan kaunter cermin kaca menempatkan pelbagai barang kemas menggunakan sebatang spanar dibawanya.

“Namun, hentakannya sebanyak empat hingga lima kali dalam masa kurang 15 saat hanya dapat memecahkan lapisan pertama cermin sebelum disedari pemilik kedai emas lelaki berusia 30-an.

“Suspek kemudiannya melarikan diri dengan motosikal yang diletakkan di luar kedai tanpa sempat melarikan barang kemas,” katanya ketika dihubungi.

Mengulas lanjut beliau berkata, rakaman CCTV juga menunjukkan suspek berkulit gelap itu turut memakai sebelah sarung tangan dan bergerak solo ketika kejadian.

“Kita percaya dia adalah perompak amatur yang terdesak untuk mendapatkan wang mudah.

“Ini kerana dia dilihat berada lama di luar kedai emas itu dan seakan teragak-agak sebelum nekad merompak, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

“Walaupun tidak sempat melarikan emas, difahamkan pemilik kedai mengalami kerugian sekitar RM10,000 bagi kos membaiki cermin kaca yang rosak,” katanya sambil memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cubaan merompak.

Sumber : HM

Share.

Leave A Reply