KOTA TINGGI – Seorang lelaki maut dalam kemalangan di hadapan sebuah bengkel di Jalan Mawai, di sini, pada Rabu.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PgBK II), Mohd Rafi Mohd Nor, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan berkenaan melalui talian Mers999 sekitar jam 7.29 malam.

“Sebaik menerima panggilan berkenaan, satu jentera FRT dan satu jentera EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi dengan kekuatan lapan anggota telah dihantar ke lokasi.

“Setibanya ke lokasi, pasukan keluaran operasi (PKO) mendapati kemalangan berkenaan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Axia dengan sebuah lori 10 tan jenis Hino.

“Pemandu Perodua Axia cedera dan tersepit di bahagian tempat duduk sementara pemandu lori 10 tan selamat,” katanya.

Tambah Mohd Rafi, PKO kemudiannya melaksanakan tugas-tugas penyelamatan dengan menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi.

Share.

Leave A Reply